awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/02/2023
09:19 MYT
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Sanusi berkata, Mukhriz antara lain meminta kerusi di Kedah dalam pertemuan dengan lima kepimpinan tertinggi Pas itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya. - Gambar fail
ALOR SETAR: Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
Beliau berkata, Mukhriz antara lain meminta kerusi di Kedah dalam pertemuan dengan lima kepimpinan tertinggi Pas itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Saya difahamkan Mukhriz ada berjumpa dengan beberapa pemimpin Pas. Tak pasti di mana pertemuan itu dilakukan tetapi ada jumpalah.
"Saya pun tidak pasti apa perbincangan itu kerana saya tiada dalam perjumpaan itu. Saya pun tak tanya apa yang mereka bincangkan. Mana tahu... bila ditanya, pemimpin Pas beritahu Mukhriz minta kerusi (di Kedah)," katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah Bagi Daerah Kota Setar serta Pelancaran 'Kedah Cashless' di Alor Setar, pada Ahad.
Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berharap perbincangan awal yang diadakan itu membawa kepada hasil yang positif.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mengalu-alukan sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu berhasrat menyertai Pas atau PN.
"Siapa pun kalau nak sertai Pas kita terima. Pas adalah parti terbuka. Mukhriz pun boleh kalau beliau mahu masuk Pas. Cumanya, kalau nak jadi MB susahlah sikit," katanya.
Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata Pejuang mengambil keputusan untuk berundur daripada Gerakan Tanah Air (GTA) bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti itu sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan para perwakilan dalam Perhimpunan Agung Pejuang kali kedua yang berlangsung bulan lalu, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau turut tidak menolak kemungkinan Pejuang akan menjalin kerjasama politik sama ada dengan PN atau Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#PAS
#Mukhriz Mahathir
#pertemuan dengan Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan