Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei ini akan diadakan di Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan dengan tumpuan utama kepada agenda pemilihan peringkat tertinggi dan sayap.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata program 'Amanat Presiden dan Taklimat Setiausaha Agung' pada malam 28 April akan membuka tirai muktamar secara tertutup.
Beliau berkata majlis perasmian dijadual pada 29 April di Kompleks PAS Kedah dengan agenda pemilihan parti dijangka akan dimulakan pada sebelah petang hari yang sama.
"Jangkakan kita kalau perancangan berjalan lancar kita akan mengadakan pemilihan secara e-voting dan pengiraaan pun melalui komputer. Saya jangkakan pada sebelah malam keputusan boleh diketahui.
"Kita ada jawatankuasa pemilihan PAS pusat diketuai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan insya-Allah pada 30 April atau 1 Mei PAS sudah ada kepimpinan baharu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jelas Takiyuddin, bagi pemilihan di peringkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, manakala bagi peringkat sayap, ia melibatan ketua, timbalan dan naib.
Tarikh ditetapkan untuk Muktamar Dewan Ulama ialah pada 28 April di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop, Muktamar Dewan Pemuda pada 27 hingga 28 April di Kompleks PAS Kedah dan Muktamar Dewan Muslimat juga pada 27 hingga 28 April di Pusat Pengajian Darul Hadis, Kampung Tok Keling, Alor Setar.
Pelbagai acara smpingan seperti pameran, jualan, dan persembahan artis nasyid akan dilangsungkan sepanjang muktamar berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
TAKIYUDDIN: Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei ini akan diadakan di Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan. - Gambar fail
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penguat kuasa boleh guna apa-apa cara untuk pastikan PKP dipatuhi
Pihak yang menguatkuasakan PKP boleh menggunakan apa jua cara termasuk kekerasan bagi memastikan perintah itu dipatuhi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.
MIC dan Pas sah jalin kerjasama
MIC menjadi parti komponen kedua dalam Barisan Nasional selepas UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas.
Kerjasama Pas-UMNO berjalan seperti biasa - Idris Ahmad
Pas masih mengekalkan hubungan serta kerjasama bersama UMNO seperti sedia kala, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad.
'Apa pendirian Azmin? Pecat atau tidak? Surat rasmi pun tiada' - Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan turut meragui tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak menyatakan pendirian rasmi.
Muktamar Pas ke-63 di Kedah
Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei ini akan diadakan di Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan.
Kafa tidak boleh tuntut yuran perpindahan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak boleh menuntut yuran perpindahan buat bekas pemainnya Norshahrul Idlan Talaha.