Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak boleh menuntut yuran perpindahan buat bekas pemainnya Norshahrul Idlan Talaha.

Itu kenyataan pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam mensyuarat jawatankuasa itu pada Khamis.

Kafa sebelum ini mahu menuntut yuran perpindahan daripada pasukan baru Norshahrul atau Mat Yo di Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim

“Mat Yo sudah pun melunaskan bayaran tebus kontrak kepada Kafa yang berjumlah RM229 ribu yang dihantar menerusi draf bank dan ianya diterima Kafa," Takiyuddin berkata.

Justeru Takiyuddin beranggapan kes ini selesai namun Kafa masih berhak mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa rayuan FAM sekiranya mahu berbuat demikian.

Sementara itu jawatankuasa FAM turut mencapai keputusan mengenai bekas pemain Harimau Muda A Mohd Affizi Faizal Mamat.

Persatuan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia juga sudah menyatakan persetujuan untuk membayar bayaran ex-gratia sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.

Bayaran itu adalah sebagai bayaran penghargaan kepada persatuan itu kerana mengilap bakat Affizie sebelum ke Harimau Muda A.