awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2024
05:23 MYT
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah) pada sidang media selepas Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke- 70 di Kompleks Al-Makmur hari ini. - Foto Astro AWANI
TEMERLOH: Fungsi penubuhan State Government 4 (SG4) dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan SG4 juga adalah bertujuan memanfaatkan kedudukan geografi negeri-negeri terlibat.
"Apa yang menarik ialah, Kedah dan Perlis terletak di pantai barat, manakala Kelantan dan Terengganu di pantai timur.
"Walaupun kita terikat dengan konsep federalisme dan bidang kuasa negeri yang terhad, kita boleh memanfaatkan kedudukan negeri yang penting dari segi geografi.
"Di sebelah Pantai Timur, menghala ke arah Jepun, China dan lain-lain. Di sebelah Pantai Barat pula, menghala ke arah India dan negara- negara lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.
Pada masa sama, Hadi juga meminta kerajaan Persekutuan untuk menghormati konsep ekonomi berlandaskan kesaksamaan dan adil.
Selain perwakilan dan pimpinan tertinggi Pas, ia turut dihadiri oleh beberapa pimipinan tertinggi dari parti Bersatu, termasuk Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Majlis Tertinggi Beratu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Pengerusi Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Perikatan Nasional
#Muktamar Pas
#agenda nasional
#SG4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan