awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Tahunan Pas Ke-69: Abdul Hadi cabar kerajaan ambil tindakan isu '3R sebenar'

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/10/2023
07:35 MYT
Muktamar Tahunan Pas Ke-69: Abdul Hadi cabar kerajaan ambil tindakan isu '3R sebenar'
Tanpa menyentuh mana-mana kes, Abdul Hadi (tengah) berkata, perkara yang beliau nyatakan itu merupakan isu 3R sebenar yang sememangnya tidak boleh dicabar. -Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mencabar kerajaan untuk berani bertindak terhadap isu "3R sebenar".
Tegasnya, isu 3R yang beliau maksudkan ialah mencabar Allah, Rasullullah SAW, undang-undang syariah, umat Islam, dan Raja-Raya Melayu yang menjadi ketua agama Islam.
Tanpa menyentuh mana-mana kes, Abdul Hadi berkata, perkara yang beliau nyatakan itu merupakan isu 3R sebenar yang sememangnya tidak boleh dicabar.
“Inilah 3R yang sebenar yang tidak boleh dicabar. Bukan 3R menasihati raja-raja, menasihati kerajaan, menasihati orang Melayu kaum dia. Ini bukan 3R.
“3R ni mencabar Islam, mencabar Allah, mencabar Islam mencabar Raja-Raja... ini 3R yang sebenar.
“Saya cabar kerajaan PH (Pakatan Harapan) ni supaya berani bertindak. Ini 3R yang sebenar, kalau tidak (bertindak), mereka penakut.
“Kita beri ingatan. Kita tak akan biarkan perkara ini berlalu dengan percuma. Ini peringatan kita...kita biarkan. Bagaimana nak bertindak? Tunggu dan lihat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-69, di Shah Alam pada Ahad.
Jelas beliau, perkara yang beliau bangkitkan adalah lebih besar daripada peristiwa rusuhan Natrah, dan isu Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menyaksikan hampir empat juta orang turun ke jalanan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Muktamar
#3R sebenar
#cabar Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan