awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mustahil Tengku Razaleigh ingin jatuhkan Najib' - Annuar Musa

Israr Khalid
Israr Khalid
30/03/2016
12:15 MYT
'Mustahil Tengku Razaleigh ingin jatuhkan Najib' - Annuar Musa
ANNUAR: Mungkin mereka melihat Tengku Razaleigh sebagai orang yang tidak banyak bersuara, dan mereka mengambil kesempatan. - Gambar fail
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menafikan bahawa wujud akuan bersumpah yang kononnya diedarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tegas beliau, sekiranya benar akuan bersumpah itu ada, beliau sebagai ahli Parlimen dan juga rakan rapat Tengku Razaleigh sudah pasti mengetahuinya terlebih dahulu.
Mengenali Tengku Razaleigh, Annuar percaya beliau seorang yang sangat berpegang teguh pada prinsipnya dan tidak mungkin melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan.
“Baru ini kita dengar cerita itu, bermakna yang lebih tahu adalah mungkin orang yang bukan ahli UMNO dan ia satu usaha yang cuba dibuat oleh pihak tertentu.
“Mungkin mereka melihat Tengku Razaleigh sebagai orang yang tidak banyak bersuara, dan mereka mengambil kesempatan itu untuk menggunakan nama dan pengaruh beliau,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke memaklumkan veteran UMNO itu pernah mengedarkan akuan bersumpah berkenaan pendirian tidak percaya kepada Najib sebagai Perdana Menteri kepada ahli-ahli Parlimen lain.
Menurut Setiausaha Organisasi DAP itu, ia diedarkan oleh ‘wakil kem Tengku Razaleigh’ sekitar Julai hingga September tahun lalu.
“Barangkali pihak tertentu itu kecewa apabila Tengku Razaleigh menandatangani dokumen tersebut (Deklarasi Kelantan).
“Kalau menurunkan tandatangan untuk menyatakan penentangan terhadap kerajaan boleh kita terima, mengapa pula bila ada orang menurunkan tandatangan untuk menyatakan pendirian menyokong kerajaan dan Perdana Menteri, ada yang keluh kesah?” ujarnya.
Deklarasi Kelantan ditandatangani Tengku Razaleigh bersama beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kelantan pada Khamis sebagai menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#akuan bersumpah
#Annuar Musa
#Deklarasi Kelantan
#Tengku Razaleigh Tengku Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan