awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/01/2025
04:40 MYT
Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Hamzah berkata ia termasuk apa juga titah tambahan atau Titah Adendum dalam hal pengampunan Diraja yang dibuat oleh mana-mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembangkang berpendirian bahawa kerajaan atau mana-mana pihak tertentu mempunyai obligasi untuk menyempurnakan titah Institusi Yang di-Pertuan Agong yang dibuat dengan teratur mengikut lunas perundangan negara.

Ringkasan AI
  • Pembangkang berpendirian bahawa kerajaan atau mana-mana pihak tertentu mempunyai obligasi untuk menyempurnakan titah Institusi Yang di-Pertuan Agong yang dibuat dengan teratur mengikut lunas perundangan negara, termasuk Titah Adendum dalam hal pengampunan Diraja.
  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menegaskan bahawa rakyat berhak mengetahui hakikat sebenar tentang kewujudan Titah Adendum yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.
  • Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Agong terdahulu.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ia termasuk apa juga titah tambahan atau Titah Adendum dalam hal pengampunan Diraja yang dibuat oleh mana-mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Beliau menambah, rakyat juga berhak mengetahui hakikat sebenar tentang kewujudan Titah Adendum, yang sebelum ini dkaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.
"Suara rakyat yang ingin tahu akan kewujudan dan kedudukan Titah Adendum tersebut adalah hak bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan ia tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut Hamzah lagi, isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.
"Hal ini adalah amat penting kerana apa-apa perlakuan ingkar, menyembunyikan atau menafikan mana-mana titah yang dizahirkan oleh Institusi Yang di-Pertuan Agong, termasuk Titah Adendum tersebut, adalah merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara," katanya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Larut itu berkata menjadi salah satu kewajipan juga bagi semua rakyat Malaysia untuk menjunjung tinggi serta memartabatkan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Beraja.
Ini kerana, ujar beliau, ia adalah lambang kedaulatan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, dilaporkan Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Titah Adendum
#Najib Razak
#baki hukuman penjara di rumah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan