awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan: Naim Moktar tumpu usaha perkasa belia, pembangunan Pulau Tanjung Aru

Bernama
Bernama
11/01/2026
11:30 MYT
PRK Kinabatangan: Naim Moktar tumpu usaha perkasa belia, pembangunan Pulau Tanjung Aru
Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar (tengah) ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Pusat Daerah Mengundi Tanjung Aru hari ini. - Foto BERNAMA
KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar menjadikan usaha memperkasakan golongan muda di Pulau Tanjung Aru antara tumpuannya sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

Ringkasan AI
  • Mohd Kurniawan Naim Moktar, calon BN PRK Parlimen Kinabatangan, fokus pada memperkasakan golongan muda di Pulau Tanjung Aru sekiranya terpilih, dengan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan keperluan sosial setempat.
  • Usaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan muda di kawasan itu menjadi keutamaan Mohd Kurniawan, untuk mengelakkan mereka berhijrah ke bandar mencari pendapatan stabil, khususnya melalui sektor perusahaan mikro, kecil, dan sederhana.
  • Sekiranya diberi mandat, Mohd Kurniawan berhasrat membawa isu-isu pembangunan, peluang pekerjaan, dan kebajikan anak muda di Pulau Tanjung Aru ke Parlimen untuk mendapat perhatian dan penyelesaian yang berkesan.

Beliau berkata selain itu, pembangunan infrastruktur dan keperluan sosial setempat turut diberi perhatian demi kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.
"Aspek pembangunan di kampung ini akan saya berikan perhatian... lokasi yang terdapat infrastruktur sudah usang dan memerlukan pembaharuan termasuk pembinaan bangunan baharu seperti masjid, dewan serta kemudahan sukan seperti padang futsal, bola tampar dan lain-lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas sesi perjumpaan bersama dengan penduduk Pulau Tanjung Aru, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin.
Mohd Kurniawan Naim, 32, berkata usaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda turut menjadi keutamaannya bagi memastikan mereka tidak berhijrah ke bandar untuk mencari pendapatan yang lebih stabil.
Beliau berkata potensi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pulau Tanjung Aru juga perlu dimanfaatkan secara lebih strategik, khususnya melalui kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu golongan muda menceburi bidang keusahawanan.
Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan itu berkata sokongan merangkumi latihan kemahiran, akses pembiayaan serta bimbingan perniagaan mampu membuka peluang pekerjaan baharu, sekali gus mewujudkan sumber pendapatan yang lebih mampan kepada golongan belia.
"Di kampung ini peluang pekerjaan agak terhad, namun inisiatif utama penduduk adalah dengan berniaga hasil tangkapan laut serta mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan.
"Inisiatif seperti TEKUN Nasional, khususnya melalui pinjaman mikro kepada pengusaha kecil penting bagi memastikan usaha yang mereka jalankan dapat berkembang dan menjana pendapatan melebihi paras gaji minimum semasa," katanya.
Mohd Kurniawan Naim berkata sekiranya diberi mandat, isu-isu berkaitan pembangunan, peluang pekerjaan serta kebajikan anak muda akan dibawa ke Parlimen bagi memastikan keperluan rakyat di Pulau Tanjung Aru diberi perhatian sewajarnya dan ditangani secara berkesan.
Pulau Tanjung Aru merupakan sebuah kawasan perkampungan air yang terletak kira-kira tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari bandar Sandakan, dengan sebahagian besar penduduk ialah nelayan.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, pertandingan satu lawan satu berlaku antara Mohd Ismail Ayob (BN) dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam, 23 Jan, dengan hari pengundian ditetapkan pada 24 Jan dan pengundian awal, 20 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Kinabatangan
#Calon BN
#Barisan Nasional
#Mohd Kurniawan Naim Moktar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan