KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membidas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap di Konvensyen BN Selangor, kononnya beliau 'berminat' dengan bekas Perdana Menteri itu.
Sebaliknya jelas Rafizi, minat sebenarnya adalah untuk memastikan Najib menanggung kesalahan-kesalahannya kepada rakyat dan berakhir dengan menjalani hukuman di penjara.
"Saya tidak berminat dengan Najib. Sebagai pimpinan utama parti-parti pro-rakyat di negara ini, memang menjadi tanggungjawab saya untuk terus mendedahkan kesalahan Najib. Fokus kepada kesalahan Najib yang membebankan rakyat ini telah menjatuhkan Najib dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam tahun 2018.
"Dengan konsistensi yang sama, lebih ramai rakyat yang akan menolak UMNO/Barisan Nasional akibat penyelewengan-penyelewengan Najib yang terus membebankan UMNO/Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: Tuntutan Sulu: Rafizi ajak laporan polis besar-besaran terhadap Najib
Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) dalam ucapannya pada Konvensyen BN Selangor sebelum ini berkata, beliau tidak berminat untuk melayani sebarang tindakan Rafizi walaupun bekas Ahli Parlimen Pandan itu dikatakan 'berminat' dengannya sejak kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, lagak Najib sudah diketahui umum dan ada segelintir masyarakat yang berpendapat ia wajar diabaikan,
"Namun, saya memilih untuk berdepan dengan sarkas politik mainan Najib kerana ada isu pokok yang cuba disembunyikan Najib," tambahnya.
Dakwanya, Najib telah menggunakan sumber kewangannya untuk menggerakkan kempen penipuan melalui media sosial untuk menyucikan dirinya seolah-olah dia tidak bersalah.
"Lebih teruk dari itu, dia juga cuba menyelewengkan pemikiran rakyat dengan memainkan propaganda terhadap tokoh-tokoh terbilang yang patriotisme mereka bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Najib. Cubaan propaganda Najib untuk memburukkan integriti hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, semata-mata untuk menutup kesalahannya mencuri dana rakyat, tidak wajar dibiarkan tanpa disanggah," tegasnya.
Justeru, beliau menyeru keseluruhan pimpinan Keadilan dan Pakatan Harapan di segenap lapisan terus menjawab untuk mematikan propaganda Najib yang merosakkan pemikiran rakyat.
"Sementara kita membentangkan idea-idea untuk memperbaiki kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat, kita juga wajib menunjukkan bahawa sebahagian besar dari masalah rakyat ini berpunca dari salah tadbir sepanjang sembilan tahun Najib menjadi Perdana Menteri.
"Keupayaan pimpinan Keadilan dan Pakatan Harapan mengutarakan kedua-dua perkara ini (memberi idea penyelesaian dan mematahkan propaganda Najib) secara serentak adalah kunci kemenangan Keadilan dan Pakatan dalam pilihanraya umum akan datang," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Mon Aug 01 2022
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli membidas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap di Konvensyen BN Selangor, kononnya beliau 'berminat' dengan bekas Perdana Menteri itu. - Gambar fail
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
'Adakah benar Najib rayu dikenakan tahanan rumah?' - Ismail Sabri
Beliau mahu kerajaan menjawab adakah benar rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Razak turut melibatkan pertukaran tempat tahanan dari penjara ke tahanan rumah.
SRC mangsa penipuan berskala besar yang didalangi Najib - Peguam
Peguam utama SRC International Datuk Lim Chee Wee berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib - Saifuddin
Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.