Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Sistem pertahanan Arab Saudi pintas 35 dron

Ketegangan di rantau Asia Barat meningkat sejak serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran bermula 28 Feb lepas. - Gambar fail
Ketegangan di rantau Asia Barat meningkat sejak serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran bermula 28 Feb lepas. - Gambar fail
Advertisement

ISTANBUL: Arab Saudi menyatakan sistem pertahanan udaranya memintas 35 serangan dron di Wilayah Timur sejak awal Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Hal itu dimaklumkan dalam hantaran Kementerian Pertahanan Saudi pada syarikat media sosial Amerika Syarikat (AS) X.

Ketegangan di rantau Asia Barat meningkat sejak serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran bermula 28 Feb lepas.

Advertisement

Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement