Nama calon Perdana Menteri boleh dihantar melalui WhatsApp - Speaker

Astro Awani
Ogos 17, 2021 11:15 MYT
Jelas Azhar, surat akuan itu adalah untuk perhatian Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua ahli Parlimen boleh mengemukakan surat akuan bagi nama calon Perdana Menteri ke-9 kepada Istana Negara melalui faks, emel serta salinan pdf melalui aplikasi WhatsApp.
Dalam surat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, beliau turut memaklumkan surat tersebut perlu dikemukakan selewat-lewatnya pukul 4 petang esok (18 Ogos) secara bertulis.
Jelas Azhar, ia untuk perhatian Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim.
"Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada dalam kawasan Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di Istana Negara," katanya dalam kenyataan tersebut.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA: Semua Ahli Parlimen diarah serah surat akuan calon PM kepada Agong sebelum 4 petang esok
Tambah Azhar, arahan berkenaan dikeluarkan atas titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Surat akuan itu juga perlu melengkapkan butiran yang disenaraikan antaranya meletakkan hanya satu calon Perdana Menteri sahaja, tanda tangan anggota Dewan Rakyat, cop rasmi saksi dan tarikh surat akuan.

Not an issue. My stand and the stand of my party has been clear. I will support @anwaribrahim as my PM candidate. Unless otherwise instructed by the party, this will be my vote. https://t.co/53CIhVjDcX

— Ong Kian Ming (@imokman) August 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi daripada DAP, Ong Kian Ming, dalam kemas kini di laman Twitter hari ini menegaskan bahawa pendirian parti dan beliau adalah jelas iaitu menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Kabinet menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Isnin selepas lebih 17 bulan mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH).
BACA: "Semoga Tuhan merahmati Malaysia" - Khairy sahkan anggota Kabinet serah surat letak jawatan
Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara sebelum pelantikan Perdana Menteri baharu.
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin | 16 Ogos 2021
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu.
Hari ini, semua wakil politik menghadap Agong bagi membincangkan mengenai pelantikan Perdana Menteri baharu.
#Anwar Ibrahim #Dewan Rakyat #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #WhatsApp #Yang di-Pertuan Agong #Perdana Menteri #perdana menteri kesembilan #Perikatan Nasional #UMNO #Politik Malaysia