Dua anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar dan Nik Abduh dilihat tidak bertegur sapa ketika mengundi di Dun Panchor, Sekolah Kebangsaan Raja Sakti, Kota Jembal, hari ini.
Nik Omar tiba seawal jam 7.30 pagi dan merupakan pengundi pertama mengundi bagi saluran dua sebelum seorang lagi anak Allahyarham, Nik Adli tiba pada jam 8 pagi disusuli Nik Abduh pada jam 8.17 pagi juga mengundi di saluran dua.
Ibu mereka, Tuan Sabariah Tuan Ishak dilihat keluar dari pusat mengundi sama selepas selesai mengundi pada jam 8.50 pagi.
Nik Omar ketika diminta wartawan untuk merakam gambar bersalaman dengan dua adiknya itu, beliau hanya menolak sambil tersenyum.
“Nanti lepas ini boleh lagi (bersama dan bergambar),” katanya.
Nik Abduh yang merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Bachok tiba di pusat pengundian sama ketika wartawan sedang menemu bual Nik Omar di luar pekarangan pusat mengundi tersebut.
Ketika sekali lagi diminta untuk menunggu adiknya bagi merakamkan gambar mereka berdua, Nik Omar menolak kerana perlu bergegas ke tempat lain.
“Nanti lepas ini boleh lagi (bergambar), banyak tempat perlu saya pergi hari ini (melawat pusat pengundian lain, lorat (perlu bergegas),” katanya.
Calon Pakatan Harapan Dun Chempaka yang juga Pengetua Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka itu juga tidak bertemu Tuan Sabariah.
Dalam pada itu, Nik Omar berkata, dia boleh bertemu bondanya pada bila-bila masa dan PRU14 bukan medan untuk berbalah-balah.
“Bonda ini setiap masa boleh bertemu tiada masalah, cuma hari ini sibuk sikit.
“Alhamdulillah hari ini bermulanya proses pengundian untuk PRU14, moga hari ini beroleh keberkatan semua calon ada keyakinan sendiri,” katanya.
Sementara itu, Nik Abduh berkata, beliau belum bertemu dan berhubung dengan abangnya sejak proses penamaan calon pada 28 April lalu.
“Ustaz Nik Omar seorang yang taat dengan bonda, ini (bertanding tiket PKR) adalah perkara pertama yang dilakukannya tidak mendapat persetujuan daripada bonda,” katanya.
Sinar Harian
Wed May 09 2018

Nik Abduh yang merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Bachok tiba di pusat pengundian sama ketika wartawan sedang menemu bual Nik Omar di luar pekarangan pusat mengundi tersebut. - Gambar fail

COVID: Thailand catat 198 kes baharu, satu kematian
Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif.

PdPR | Enam anak kongsi satu komputer riba
Pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan. Bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan perlu menyediakan peranti elektronik supaya anak-anak boleh belajar secara serentak?

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Unsur nadir bumi (REE): Fakta dan mitos
Harga pasaran dijangka meningkat berkali ganda daripada nilai pasaran semasa yang mampu mendatangkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada negara pengeluar REE.

COVID-19 | Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

10 Berita Pilihan - (23 Januari 2021)

AWANI Ringkas: Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19 | HSNZ seru rakyat derma darah

Dr Mahathir umum tidak bertanding pada PRU15
Ahli Parlimen Langkawi itu bagaimanapun berkata, beliau akan kekal dalam arena politik untuk tempoh masa yang pendek.

Isu pencerobohan Lahad Datu: Polis akan rekod keterangan Mohamaddin selepas PRN Sabah
Beberapa saksi lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Slim Memilih: Lebih 50 peratus pengundi wanita, dan ini harapan mereka ...
Sejumlah 50.4 peratus daripada 23,094 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim merupakan pengundi wanita.

Pas, UMNO bincang soal agihan kerusi PRU dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas negeri hanya akan menerima keputusan pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15, selepas ia dimuktamadkan di peringkat pusat.

PRU15: Sudah bersediakah Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan?
Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan mempunyai isu yang perlu diselesaikan dengan segera, sebelum memikirkan usaha memenangi hati rakyat.

Pemilihan Bersatu: Langkah 'refresh' semula parti - Zainol Fadzi
Pemilihan semua barisan jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khususnya di Perak, disifatkan sebagai proses untuk menyerahkan semula mandat kepada ahli untuk memilih secara telus.

Pengundi hantu di Kimanis? Saya tidak tahu - Karim
Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menolak kehadiran "pengundi hantu" yang didakwa akan membantu memberikan undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini.

Ruang dewan kosong khusus untuk pemerhati - Pemuda UMNO
Gara-gara terlalu banyak kerusi kosong sepanjang berlangsung sesi perbahasan perwakilan Pemuda UMNO, sesi berkenaan dibuka kepada orang ramai tanpa perlu memiliki pas rasmi.

Tanjung Piai Memilih: Biarpun kempen lewat, calon Bebas tidak mahu hilang deposit
Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Faridah Aryani Abdul Ghaffar akhirnya memulakan kempen bertemu pengundi setelah tujuh hari berlalunya hari penamaan calon.

Iltizam Pakatan Harapan bela nasib rakyat - Muhyiddin
Usaha untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan Pakatan Harapan.