KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini secara rasmi menyerahkan tanggungjawab sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada Timbalannya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam pada Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di sini.
Beliau turut melantik Dr Joachim, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Sabah, sebagai pemangku Presiden berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi mesej yang dibacakan oleh Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki pada mesyuarat itu yang diedarkan kepada media, Ongkili berkata perasaan beliau agak bercampur-baur namun penyerahan tanggungjawab itu adalah perlu demi kepentingan parti.
"Hari ini, masanya sudah tiba untuk melakukan perubahan yang saya yakin akan membawa pembaharuan iaitu penyerahan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Presiden kepada pemangku yang saya sendiri pilih.
"Ini selaras dengan peruntukan Perkara 15 (iii) (a) Perlembagaan PBS dan beliau ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam," katanya.
Pada 6 April lepas, Majungki berkata Ongkili akan berundur manakala Dr Joachim akan dilantik sebagai pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun iaitu hari ini.
Ongkili, yang mengemudi PBS sejak enam tahun lepas, berkata bukan mudah untuk seorang pemimpin melepaskan jawatan, tanggungjawab dan peranannya kepada pengganti beliau dalam kalangan barisan kepemimpinan parti.
Beliau berkata sudah pasti banyak persoalan akan timbul dan pelbagai cabaran bakal dihadapi oleh sesiapa sahaja yang memegang jawatan Presiden dalam mana-mana parti atau pertubuhan terutama yang mempunyai begitu banyak sejarah dan amat bermakna buat rakyat Sabah.
Bagaimanapun, Ongkili berkata berdasarkan keadaan kesihatannya sekarang yang memerlukan lebih perhatian dan tumpuan dalam proses pemulihan, beliau yakin pelantikan Dr Joachim adalah keputusan yang baik untuk PBS ketika ini.
"Saya berharap dengan pelantikan ini, kepimpinan parti kita akan kekal bersatu bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai untuk rakyat dan negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
Ongkili (kiri) melantik Dr Joachim, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Sabah, sebagai pemangku Presiden berkuat kuasa serta-merta.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan lebih RM900,000
Briged Tenggara PGA menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dan tumbuhan dengan nilai rampasan lebih RM900,000 di Tanah Merah, Kelantan.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.
PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).