awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti belia: Jangan wujudkan lebih banyak pecah-belah - Rafidah

Bernama
Bernama
04/09/2020
00:32 MYT
Parti belia: Jangan wujudkan lebih banyak pecah-belah - Rafidah
Pada forum semalam, Rafidah berkongi pengalaman sebagai Senator paling muda pada usia 30 tahun dengan proses pembelajaran dunia politik beliau daripada kalangan mereka yang berpengalaman. - Gambar fail
Jangan wujudkan lebih banyak pecah-belah di negara kerana sudah berlaku banyak pecah-belah, demikian kata ahli politik veteran Tan Sri Rafidah Aziz berhubung cadangan untuk menubuhkan parti belia.
Beliau berkata sudah cukup pecah-belah yang berlaku dan tiba-tiba "semua orang berkata, anda seorang wanita, atau seorang lelaki, Melayu, Cina, Kristian, Islam, Buddha atau Hindu".
"Anda tahu ia memecah-belahkan kita? Sudah berlaku pecah-belah, sekarang ia adalah 'anda sudah tua, anda masih muda... adakah masih tidak cukup lagi pecah-belah yang berlaku di negara ini?" katanya mengulas kenyataan bekas Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman yang mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang diterajui belia.
Ditanya sama ada parti belia yang akan ditubuhkan Syed Saddiq adalah bagus untuk negara, Rafidah ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah pada "Dialog Kepimpinan: Hala Tuju Malaysia" pada Forum Pencegahan Rasuah Malaysia di sini pada Khamis, berkata: "Anda tidak sepatutnya memulakan lebih banyak pecah-belah."
BACA: Syed Saddiq tubuh parti berasaskan belia, satu usaha angkat suara anak muda - Penganalisis
BACA: Parti Syed Saddiq tidak akan berjaya - Dr Mahathir
BACA: 'Nak ambil parti, ambillah... time to move on' - Syed Saddiq
VIDEO: Parti politik berasaskan orang muda
Rafidah turut berkongi pengalamannya sebagai Senator paling muda pada usia 30 tahun dengan proses pembelajaran beliau dalam dunia politik adalah daripada kalangan mereka yang berpengalaman dalam politik.
"Tidak kira berapa banyak ijazah yang anda ada, pengalaman lebih penting. Saya mendapat pengalaman daripada mereka yang membina negara ini, bukan memusnahkannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti belia
#parti orang muda
#parti politik baharu
#pecah-belah
#pengalaman
#politik
#proses pembelajaran
#Rafidah Aziz
#Syed Saddiq Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan