Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan kesukaran untuk bertapak kukuh di negara ini.
Ini kerana keahlian parti tersebut yang hanya terbuka kepada golongan bumiputera sementara golongan bukan bumiputera hanya boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu.
Jelas Tengku Razaleigh, ia mungkin akan menyukarkan parti baharu anjuran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk mendapat sokongan menyeluruh rakyat Malaysia memandangkan hak mengundi atau bertanding mana-mana jawatan dalam parti tidak diberikan kepada ahli bersekutu.
"Lebih-lebih lagi golongan muda sekarang yang lebih terdedah selain berilmu, berpendidikan dan lebih terbuka daripada pemikiran cara lama.
"Jadi bila ahli bersekutu tidak boleh menentu arah tuju parti, nampak susah untuk tarik mereka bersama," katanya selepas melancarkan Pameran Warisan Budaya Artifak Melayu dan China di Muzium Kesenian Asia, Universiti Malaya hari ini.
BACA: Parti Bersatu nafi edar borang keahlian
BACA: Muhyiddin daftar parti Bersatu
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata penubuhan Bersatu berbeza dengan Semangat 46 sebagai platform untuk mengelak ahli UMNO lama tidak menyertai parti lain setelah UMNO lama diharamkan dan tidak dibenar menyertai UMNO Baru yang juga ditubuhkan Dr Mahathir.
Pada masa sama, Semangat 46 mempunyai asas kuat untuk membentuk organisasi yang menyakinkan serta menubuhkan bahagian dan cawangan
Sementara parti Bersatu kata Tengku Razaleigh, perlu bermula dari sifar dan nyata lebih sukar, ditambah senario semasa pembangkang yang gagal menambat hati rakyat kerana sering bertelagah dan berpecah.
Begitupun, beliau percaya pengaruh dan kedudukan Dr Mahathir mampu menjadi faktor penarik orang ramai untuk menyertai parti itu.
Namun tegasnya, pihak kerajaan juga akan menggunakan segala kemampuan yang dimiliki untuk menyekat rakyat daripada bersama pihak pembangkang.
Tengku Razaleigh pada masa sama menyatakan kesetiaannya kepada UMNO, menafikan mendapat sebarang tawaran menyertai parti itu.
"Saya tak nampak apa silapnya (menjadi ahli UMNO). Kalau saya lihat ada kesilapan, saya akan ajukan cadangan dan idea dari dalam parti.
"Namun, ia juga tidak bermakna saya menerima segalanya yang berlaku dalam parti," maklumnya.
Israr Khalid
Thu Aug 11 2016
![Parti Bersatu berdepan cabaran sukar - Ku Li Parti Bersatu berdepan cabaran sukar - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41460540277_TENGKURAZALEIGHHAM.jpg)
KU LI: Parti Bersatu perlu bermula dari sifar dan nyata lebih sukar, ditambah senario semasa pembangkang yang gagal menambat hati rakyat kerana sering bertelagah dan berpecah. -Gambar fail
![Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722045153_tbManchesterCity.jpg)
Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City
Ederson menjelaskan laporan yang diterbitkan oleh The Athletic adalah palsu sama sekali.
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699547011_MuhyiddinBersatu.jpg)
Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin
Keputusan rasmi akan ditetapkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-6 bermula Khamis ini.
![Peguam Negara bantah semakan kehakiman beku akaun Bersatu Peguam Negara bantah semakan kehakiman beku akaun Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633687570_kompleksmahkamahKL.jpg)
Peguam Negara bantah semakan kehakiman beku akaun Bersatu
Peguam Negara mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi, terhadap permohonan Parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung tindakan pembekuan akaun bank itu
![AMK Perak buat laporan polis terhadap Ahmad Faizal AMK Perak buat laporan polis terhadap Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678450374_FaizalAzumu.jpg)
AMK Perak buat laporan polis terhadap Ahmad Faizal
AMK Perak membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bersatu.
![GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671331308_MaximusOngkili.jpg)
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
![Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600306028_WillieMongin.jpg)
Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memohon untuk menyertai PBB yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
![Kerajaan perlu lakukan langkah komprehensif tangani isu kenaikan barang - MPT Bersatu Kerajaan perlu lakukan langkah komprehensif tangani isu kenaikan barang - MPT Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654758455_TBHamzahZainuddin.jpg)
Kerajaan perlu lakukan langkah komprehensif tangani isu kenaikan barang - MPT Bersatu
Kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga, dan memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian yang mencukupi, kata Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
![Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun - Presiden PBM Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun - Presiden PBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649870487_TBZuraida.jpg)
Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun - Presiden PBM
Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai PBM akan diumumkan oleh presiden parti itu Larry Sng, setelah beliau kembali dari luar negara.
![32 ahli Bersatu Maran umum keluar parti, sertai UMNO 32 ahli Bersatu Maran umum keluar parti, sertai UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644412537_KELUARBERSATU.jpg)
32 ahli Bersatu Maran umum keluar parti, sertai UMNO
Seramai 32 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran bertindak keluar parti dan menyertai UMNO akibat hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.
![Dr Roland Chia ketuai Sayap Bersekutu Bersatu Sabah Dr Roland Chia ketuai Sayap Bersekutu Bersatu Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638700490_DrRolandChiaMing.jpg)
Dr Roland Chia ketuai Sayap Bersekutu Bersatu Sabah
Datuk Dr Roland Chia Ming Shen dilantik sebagai Ketua Penaja Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah berkuat kuasa 14 Oktober 2021.
![Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15 Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596297074_PRIBUMI.jpg)
Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.