awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit naik kepada 3.9130 berbanding dolar AS, disokong asas ekonomi kukuh
APMM Kelantan rampas RM20.33 juta, 56 kes direkod sepanjang 2025
Duit RM35,000 disimpan dalam plastik untuk modal berniaga hangus dalam kebakaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti komponen keluar BN, tidak akan diterima kembali - Ahmad Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/12/2025
05:45 MYT
Parti komponen keluar BN, tidak akan diterima kembali - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) di Setia Ecohill, di sini pada Ahad. - Foto Astro AWANI/ABDUL WAFI NORAZMI
SEMENYIH: Parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menyesal sekiranya meninggalkan gabungan itu, kerana parti terbabit tidak akan diterima kembali, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti komponen Barisan Nasional (BN perlu hargai sejarah persahabatan lebih tujuh dekad dalam gabungan itu.
  • Beliau mengingatkan agar keputusan politik tidak dibuat secara emosional, dan politik memerlukan kesabaran serta pertimbangan rasional kerana landskap politik sentiasa berubah.
  • Sehubungan dengan keputusan MIC untuk keluar daripada BN dan menyertai Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid menyatakan tiada pertemuan antara kedua pihak selepas mesyuarat perwakilan MIC yang lalu, sementara menunggu keputusan muktamad dalam masa akan datang.

Walaupun tidak menyebut mana-mana parti secara khusus, namun kenyataan Pengerusi BN itu dipercayai merujuk kepada MIC yang kini berdepan ketegangan hubungan dalam gabungan berkenaan.
Menurut beliau, sejarah persahabatan dan kesetiaan lebih tujuh dekad dalam BN seharusnya dihargai dan tidak diketepikan hanya kerana wujud rasa tidak puas hati atau ‘kemabukan kuasa’.
“Jangan buat keputusan hanya kerana ‘mabuk kuasa’ dan tanpa mengira kita adalah kawan lebih dari 70 tahun.
“Saya bimbang ada pihak yang akhirnya berada dalam keadaan gantung tidak bertali,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) di Setia Ecohill, di sini pada Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, politik bukan medan untuk membuat keputusan ketika marah, sedih atau terdesak.
Sebaliknya kata beliau, ia memerlukan kesabaran dan pertimbangan rasional kerana landskap politik sentiasa berubah.
Dalam masa sama, beliau turut menyindir ada ‘pihak’ tertentu yang sebelum ini enggan mendekati Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan MADANI, namun selepas kerajaan itu stabil, kemudian mendakwa kononnya mereka dipinggirkan serta dianaktirikan.
Sementara itu ketika sidang media, ketika ditanya sama ada MIC ada menghantar sebarang resolusi untuk meninggalkan BN, kata beliau:
“Saya tidak nampak apa-apa resolusi ataupun surat dan tentu kita tidak membuat sebarang keputusan tetapi kalau mereka tidak dapat membuat keputusan, kita akan membuat keputusan.”
Selain itu Ahmad Zahid memberitahu, kedua-dua pihak tidak mengadakan sebarang pertemuan pasca Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC yang lalu.
Dalam AGM pada bulan lalu itu, perwakilan MIC sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk keluar daripada BN dan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, para perwakilan turut bersetuju keputusan muktamad berhubung perkara itu ditangguhkan sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan datang, bagi memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi parti membuat pertimbangan menyeluruh.


Topic Berkaitan
#parti komponen
#keluar BN
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#MIC
#tidak diterima kembali
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan