KUALA LUMPUR: Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh Kamarazaman Yaakob secara rasminya dilancarkan di ibu negara siang tadi.
Parti yang bersifat berbilang kaum itu mempunyai kelainan iaitu berpaksikan kepada konsep Nasionalisme dan Marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40, serta anak muda.
Parti itu antara lain akan bersuara, bergerak dan berjuang dalam menuntut hak-hak dan keperluan anak muda dan golongan berkenaan.
Presidennya, Kamarazaman berkata, parti ini adalah bersifat mesra kerajaan selain akan memperjuangkan kepada pendidikan percuma, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kesihatan percuma, perumahan, peluang pekerjaan, petani, kelestarian alam sekitar dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ‘orang tengah’.
“Parti ini bukanlah parti yang direstui ke, didorong ke, diatur ke.. tiada. Saya kata dalam ucapan tadi bahawa sejak di universiti lagi saya bercita-cita untuk melahirkan sebuah parti berbilang bangsa dan kaum yang benar-benar demokratik dan akhirnya saya menemui rakan progresif di negara ini dan saya membentuk parti yang saya luncur sebentar tadi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran parti tersebut di sini hari ini.
Jelas Kamarazaman lagi, beliau tidak meletakkan sasaran untuk bertanding dalam pilihan raya umum dalam masa terdekat.
Ini kerana parti itu katanya ketika ini lebih menumpukan pengenalan dan kepercayaan parti kepada rakyat.
“Peringkat awal ini kami hendak mendekati rakyat, mengenalkan parti kami, mengenalkan perjuangan kami, mengenalkan ideologi kami dan pilihan raya itu, adakah kami masuk atau tidak bergantung kepada sokongan, dokongan penerimaan dan mengkaji selera pengundi.
“Kami meneruskan perjuangan untuk melihat suasana dan keadaan iklim masa itu sama ada kami perlu melibatkan diri di dalam pilihan raya, saya rasa terlalu awal untuk kami melibatkan diri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Kamarazaman, 72, merupakan lepasan Universiti Malaya (UM) dan Presiden Persatuan Mahasiswa UM pada tahun 1973-1974. Beliau juga merupakan pemimpin demonstrasi di Baling pada tahun 1974 yang membela nasib golongan petani dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) selama hampir dua tahun.
Parti Penaja Kuasa Rakyat dianggotai oleh beberapa golongan profesional antaranya Prof Datuk Mohamad Nasir Saludin, Prof Mohd Sahandri Gani Hamzah, Dr Helmi Ibrahim, Dr Hamzah Jaaffar, Dr Gabriel Walter, Datuk Ching Eu Boon, Datuk Anas Yusof Sulaiman, Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Gobalakrishnan Nagapan, Razali Abd Razak dan Suharmili Roslee.
Astro Awani
Sun Oct 10 2021
Presiden Parti Kuasa Rakyat Kamarazaman Yaakob ketika ditemui pada majlis pelancaran parti tersebut di The Diplomat Jalan Tun Ismail hari ini. - fotoBERNAMA
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Parti Penaja Kuasa Rakyat dilancar, mahu perjuangkan golongan miskin dan muda
Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh Kamarazaman Yaakob secara rasminya dilancarkan di ibu negara siang tadi.