awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasangan pengantin Orang Asli teruja diraikan di majlis perkahwinan
Aqil Mirza , Whitney juara Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan 2026
Pakar virologi Thailand beri amaran risiko virus Nipah daripada kelawar buah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti teras BN diharap terus diperkukuh - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
25/01/2026
08:00 MYT
Parti teras BN diharap terus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Pecah Tanah QL Innofood Park di Hutan Melintang hari ini. - Foto Bernama
BAGAN DATUK: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kerjasama parti teras dalam gabungan itu termasuk MIC, terus diperkukuh.
Timbalan Perdana Menteri berkata penyertaan semula Parti Progresif Penduduk (PPP) menjadikan gabungan parti di dalam BN bertambah stabil.
"Kami dalam BN berpendirian bahawa setiap parti gabungan khususnya parti teras, kita menghormati antara satu sama lain.
"MIC merupakan parti teras sejak zaman Parti Perikatan dahulu bersama-sama dengan MCA dan UMNO, dan kita harapkan agar parti teras di dalam BN ini dapat terus diperkukuh," katanya yang juga Presiden UMNO.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah syarikat QL Innofood Park di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata apa jua keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tergempar MIC adalah hak dan pendirian parti itu.
Semalam, MIC dilapor akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN).
Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata walaupun PN sudah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang itu, namun ia perlu dilaksanakan mengikut proses rasmi.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#parti teras BN
#Ahmad Zahid Hamidi
#MIC
#Barisan Nasional
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan