awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS akan dengar sendiri kenyataan Hanipa - Mustafa Ali

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2015
13:33 MYT
PAS akan dengar sendiri kenyataan Hanipa - Mustafa Ali
MUSTAFA : Saya akan panggil dia (Hanipa) untuk mendapatkan penjelasan sebenar apa yang dia cakap. - Gambar fail
PAS akan memanggil Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang dikatakan lantang menyuarakan pandangannya termasuk kenyataannya yang menasihati semua ahli PAS agar lebih berani dalam memberi teguran kepada Presiden Datuk Seri Hadi Awang, demi kebaikan parti.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, beliau akan mendengar sendiri kenyataan dari Hanipa dan tidak melalui kenyataan yang dikeluarkan media.
“Saya akan panggil dia (Hanipa) untuk mendapatkan penjelasan sebenar apa-apa yang awak dilaporkan dan mendapatkan penjelasan sebenar apa yang dia cakap,” kata Mustafa.
Mustafa berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS Pusat yang turut dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden Mohamed Sabu yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di sini petang tadi.
Hanipa sebelum ini berkata ahli PAS diminta lebih berani menegur presiden.
Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri.
Beliau berpegang kepada prinsip jangan menyokong presiden kepada membawa rebah.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Mustafa menjelaskan ahli PAS di seluruh negara kini berjumlah lebih 1 juta 3 ribu orang
Jumlah ini melebihi sasaran yang ditetapkan PAS.
Topic Berkaitan
#Hanipa Maidin
#Mustafa Ali
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan