awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas akui PN rancang 'jatuhkan' Kerajaan Perpaduan, tiada siapa boleh halang

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/03/2023
06:44 MYT
Pas akui PN rancang 'jatuhkan' Kerajaan Perpaduan, tiada siapa boleh halang
Abdul Hadi berkata mengikut sistem demokrasi negara, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan. -Foto/fail
KUALA LUMPUR: Pas mengakui bahawa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha untuk 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata mengikut sistem demokrasi negara, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan.
Jelas beliau lagi, keadaan itu biasa berlaku dalam politik termasuk melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD).
"Penyokong kerajaan berpaling tadah, biasa berlakulah dan kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan kerajaan campuran yang ada ini, perasaan tak puas hati sesama komponen dia sendiri, itu ada berlaku.
"Dengan sebab itu sesuatu tak mustahil berlaku.
"(Apakah ia dibolehkan?) Dalam negara demokrasi dibolehkan.
"(Sekarang memang ada usaha PN rampas kerajaan?) Ya, itu biasa dalam negara demokrasi, kita berusaha bukan sahaja melalui PRU (Pilihan Raya Umum) tetapi termasuk melalui Parlimen," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.
PN akui berusaha 'tumbangkan' Kerajaan Perpaduan
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi menjangkakan kerajaan hari ini akan tumbang tidak lama lagi.
Ditanya jika cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bertentangan dengan titah Yang Dipertuan Agong yang mahukan kestabilan, Timbalan Pengerusi PN itu berkata ia 'tidak boleh dijadikan sebagai kata putus'.
"Kenyataan Agong satu kenyataan yang tidak jadi kata putus yang menghalang untuk ada perubahan dalam negara demokrasi.
"Mengikut Raja Berperlembagaan, (kedudukan) Raja di bawah Perlembagaan. Perlembagaan kita masih menjunjung demokrasi, dan ia tak bercanggah," jelas Abdul Hadi.
Mengenai kenyataan Anwar bahawa Abdul Hadi boleh mengigau dan merancang, Ahli Parlimen Marang itu berkata: "Memang kita berhak merancang dan tiada siapa yang halang kita untuk merancang."
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Marang itu berkata kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu kekal menjadi pembangkang disifatkan sebagai kenyataan awal dan ia boleh berubah kerana politik bersifat dinamik.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anwar Ibrahim
#tumbang Kerajaan Perpaduan
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan