awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas akur keputusan YDP Agong, sedia bincang sertai kerajaan perpaduan

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2022
02:42 MYT
Pas akur keputusan YDP Agong, sedia bincang sertai kerajaan perpaduan
TAKIYUDDIN: Pas turut mengucapkan tahniah kepada Anwar yang telah diperkenan dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pas akan membincangkan bersama rakan komponen Perikatan Nasional (PN) berhubung tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan perpaduan.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, parti itu turut akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat yang telah memberikan undi memberangsangkan kepada Pas dan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Pas turut mengucapkan tahniah kepada Anwar yang telah diperkenan dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
"Pas yakin beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, adil dan ehsan serta turut mengutamakan konsep federalisme yang wajar kepada seluruh negeri-negeri dan rakyat jelata.
"Pas menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan melaksanakan fungsi Baginda berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang khususnya dalam soal perlantikan Perdana Menteri berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Semalam, Anwar menyatakan keterbukaan kepada PN agar gabungan itu turut sama menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin menzahirkan kesyukuran kerana kemelut kepimpinan negara pasca-PRU15 tidak berterusan dan dapat diselesaikan dengan harmoni dan damai.
"Pas menerima dengan reda dan hati terbuka segala ketentuan Allah yang tentunya mempunyai hikmatnya yang tersendiri," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Perikatan Nasional
#PM10
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan