KOTA KINABALU:Pelantikan Setiausaha Pas Sabah Datuk Aliakbar Gulasan sebagai salah seorang daripada enam Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik seolah-olah membuka ruang kritikan pihak pembangkang.
Presiden Parti Solidariti Rakyat STAR , Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata kenyataannya itu sama sekali tidak bermaksud membelakangi keputusan yang telah dibuat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor atau bersifat serangan peribadi terhadap Aliakbar.
"Pada pelantikan hari ini Setiausaha Pas Sabah Aliakbar Gulasan menjadi salah seorang daripada enam ADUN yang dilantik dan STAR melihat ini akan membuka ruang kritikan dan ejekan kepada kerajaan negeri oleh pihak lawan.
"Pernyataan ini bagaimanapun tidak boleh ditafsirkan sebagai serangan terhadap keperibadian Aliakbar dan saya ingin menekankan bahawa pelantikan Adun dilantik adalah hak utama Ketua Menteri," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
BACA: Pelantikan wakil Pas dalam kabinet Sabah beri impak kepada GRS?
Jeffrey menegaskan ketidakpekaan ahli Pas dalam membuat kenyataan sebelum ini telah membuatkan ramai rakyat beragama Kristian di negeri itu tersinggung.
BACA SEMUA BERHUBUNG PILIHAN RAYA NEGERI SABAH 2020 DI SINI
"Saya menyedari bahawa dia (Aliakbar) secara terbuka tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin PAS baru-baru ini yang sangat menyinggung perasaan orang Kristian di Sabah dan Sarawak.
"Pemimpin Pas berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang mengecewakan perasaan dan sentimen Sabah yang berbilang bangsa dan agama.
"Rakyat Sabah tidak memerlukan parti politik untuk mengajar mereka mengenai perpaduan antara agama."katanya.
Tambah Jeffrey beliau berharap agar ahli parti itu dan rakyat Sabah khususnya tidak termakan dengan sentimen-sentimen yang bakal melemahkan semangat perpaduan di negeri itu.
"Oleh itu, saya menggesa semua ahli STAR dan masyarakat untuk tetap tenang dan tidak menyerah pada ejekan dan penghinaan yang dilemparkan oleh pihak lawan.
"Bermain politik sepanjang masa tidak akan membawa kita ke mana-mana," katanya.
Jeffrey pada masa sama berpuashati dengan pembahagian kerusi kabinet apabila semua Adun dari STAR terpilih menganggotai Kabinet.
Beliau turut mengalu-alukan lantikan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee sebagai Adun dilantik seterusnya melengkapi kabinet Sabah yang dipimpin Hajiji.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Oct 08 2020

Jeffrey menegaskan ketidakpekaan ahli Pas dalam membuat kenyataan sebelum ini telah membuatkan ramai rakyat beragama kristian di negeri itu tersinggung. - Gambar fail

COVID-19: Satu suntikan vaksin Johnson & Johnson mampu cegah jangkitan - FDA
Kadar keberkesanan vaksin Johnson & Johnson adalah 66 peratus untuk mencegah COVID-19 tahap sederhana hingga teruk.

COVID-19: Komuniti, selebriti, menteri jadi golongan penting tangani antivaksin di UK
Kerajaan UK bertindak aktif dengan mengambil pelbagai inisiatif sekali gus menggunakan kuasa komuniti dalam menangani isu berkenaan.

COVID-19: Vaksin mampu lindungi warga emas penghidap penyakit kronik - Pakar
Golongan tersebut perlu memahami tindakan kerajaan berhubung pemberian vaksin berkenaan kerana ia menjadi faktor pelindung terhadap mereka.

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Keuntungan bersih TM melonjak kepada RM1.02 bilion bagi tahun kewangan 2020
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya.

Pas anggotai kabinet Sabah, buka ruang kritikan - Jeffrey
Pelantikan Setiausaha Pas Sabah Datuk Aliakbar Gulasan sebagai salah seorang daripada enam Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik seolah-olah membuka ruang kritikan pihak pembangkang.

ADUN lantikan Sabah: Bukti kesungguhan Pas di Sabah - Abdul Hadi
Abdul Hadi ucap penghargaan kepada Hajiji dan Perdana Menteri atas kepercayaan berkenaan.