awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas desak SPRM kemuka hasil siasatan kekayaan keluarga Tun Mahathir

Bernama
Bernama
23/02/2018
11:44 MYT
Pas desak SPRM kemuka hasil siasatan kekayaan keluarga Tun Mahathir
Pas mahu SPRM kemuka hasil siasatan kekayaan keluarga Tun Mahathir. - Gambar fail
Anggota akar umbi Pas Kawasan Kubang Kerian hari ini mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hasil siasatan terhadap dakwaan kekayaan anggota keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad.
Wakilnya, Azmi Mat Husin berkata kemewahan yang dimiliki oleh keluarga berkenaan sangat luar biasa kerana seorang anak Mahathir, Tan Sri Mokhzani turut tersenarai antara orang terkaya di Malaysia.
"Saya hairan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri sehingga anaknya memiliki kekayaan luar biasa.
"Justeru, kami mendesak agar siasatan SPRM sebelum ini dapat didedahkan kepada umum kerana ramai yang nak tahu mengenainya," katanya selepas mengadakan perhimpunan mendesak perkara tersebut di depan Masjid al-Fattah, Jalan Pintu Geng di sini, hari ini.
Kira-kira 20 anggota Pas Kawasan Kubang Kerian turut menyertai perhimpunan tersebut yang berlangsung selepas solat Jumaat.
Dalam pada itu, Azmi turut menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis dalam kejadian lebih 30 tahun lepas itu.
Beliau berkata rakyat Malaysia ingin mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika itu dan mereka yang terbabit dengan kes berkenaan perlu dihukum jika dibuktikan bersalah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekayaan luar biasa
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Mokhzani Mahathir
#orang terkaya
#PAS
#politik
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan