awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS harap usul persendirian presidennya dapat dibentang sesi kali ini

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
28/05/2015
15:10 MYT
PAS harap usul persendirian presidennya dapat dibentang sesi kali ini
PAS harap usul persendirian presidennya dapat dibentang sesi kali ini (Gambar:Fail)
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang meneliti usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan dibawa oleh PAS, kata ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin berkata, PAS berharap usul persendirian itu dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini selepas gagal dilakukan pada sesi lepas.
"Speaker bagi satu indikasi kepada kita bahawa dia akan cuba supaya usul ini akan diangkat dalam aturan mesyuarat, sama ada bila terpulang kepada speaker.
"Kita harap dapat kerana pada saya ia bukan benda kontroversi dan benda sensitif pada mana-mana pihak," katanya kepada pemberita di lobi parlimen pada Khamis.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksanaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman terjamin.
“Oleh yang demikian, pemaksaan undang-undang Islam hendaklah dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya aspek pemakaian undang-undang Islam tersebut yang terhad kepada orang Islam sahaja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara terjaga,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen terhadap soalan ahli parlimen Tanjong (DAP) Ng Wei Aik.
Dalam soalannya, Wei Aik bertanya pendirian kabinet terhadap enakmen hudud Kelantan serta rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menyentuh hasrat PAS untuk meminda akta itu, bagi membuka laluan pelaksanaan hudud, Jamil menjelaskan kerajaan mengambil maklum untuk mencadangkan rang undang-undang itu semasa mesyuarat pertama, penggal ketiga, sesi Parlimen ke-13 lalu.
Beliau juga berkata kerajaan sentiasa berusaha memartabatkan keadilan syariah.
Perkara itu, katanya lagi, termasuk memperluas kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah, menyemak semula kedudukan hakim syariah serta memantapkan pendakwaan di mahkamah itu.
Topic Berkaitan
#hudud
#PAS
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan