PUTRAJAYA: Pas akan berusaha mendamaikan Bersatu dan UMNO atas dasar penyatuan ummah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Insya-Allah (usaha) akan berhasil. Rakyat mahu lihat perkara sama (penyatuan ummah) dan Pas main peranan berusaha mendamaikan kedua-dua pihak bagi penyatuan ummah. Kita perlukan kestabilan politik. Ia hanya boleh dicapai apabila ada elemen muafakat politik," katanya.
Tuan Ibrahim, yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas pelaksanaan projek kolam takungan dwifungsi Sungai Klang-Rasau dan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 2 (LRAL2F2), di sini, hari ini.
Beliau mengulas usaha Pas untuk memulihkan hubungan Bersatu dan UMNO susulan UMNO telah menyatakan pendirian pada Perhimpunan Agong UMNO 2020 untuk menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu.
Kelmarin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata pembentukan agenda penyatuan ummah antara Bersatu, Pas dan UMNO tidak mungkin dapat direalisasikan kerana penolakan kerjasama oleh UMNO terhadap Bersatu.
Tuan Ibrahim berkata kedua-dua pihak masih mempunyai masa untuk mengadakan perbincangan demi mencapai muafakat politik.
"Kedua-dua pihak perlu duduk bersama (berbincang) sebab ahli Bersatu pun ada dari UMNO (sebelum ini). Kita mahu lihat masa depan politik yang lebih baik dalam konteks muafakat politik," katanya.
Ditanya mengenai pendirian Pas dalam memilih rakan kerjasamanya bagi PRU15, Tuan Ibrahim berkata parti itu tidak seharusnya diberi kata dua kerana PAS berpendirian perlunya wujud penyatuan ummah antara semua parti politik yang mewakili kaum Melayu.
Media sebelum ini melaporkan Pas akan memuktamadkan hala tuju kerjasama politik parti itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Pas akan berusaha mendamaikan Bersatu dan UMNO atas dasar penyatuan ummah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail/BERNAMA
48,000 ayam mati dalam kebakaran ladang penternakan di Jitra
Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kita semua pinjaman - Wan Azizah beri semangat pada Muhammad Khairuddin
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail titipkan kata semangat kepada Muhammad Khairuddin Saari yang kehilangan isteri sedang hamil dan empat orang anaknya dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, awal pagi Khamis lalu.
[TERKINI] Polis tahan suspek kes bunuh peniaga makanan di Terengganu
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh melibatkan peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.
[TERKINI] Pemandu Honda yang dikejar polis, direman 7 hari
Pemandu kereta Honda berwarna kuning yang dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis di Kluang semalam, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Sabtu.

Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut
Seorang anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) cedera pada Jumaat dalam serangan ke atas konvoi berhampiran lapangan terbang Beirut.

Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!
Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada.

Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.

Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.