awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas nafi namakan Abdul Hadi calon PM

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2022
04:52 MYT
Pas nafi namakan Abdul Hadi calon PM
Tangkap layar kenyataan dimuat naik di blog peribadi Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Pas menafikan parti itu mengeluarkan satu kenyataan media yang menamakan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil turut menafikan dakwaan kononnya Pas melahirkan rasa syukur atas keputusan UMNO membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada tahun ini.
Ujarnya, kenyataan yang tular di media sosial menggunakan logo rasmi parti dan nama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu adalah tidak benar dan palsu.
"Saya baru terima satu kenyataan media pagi ini kononnya kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas bertarikh 2 Oktober 2022.
"Saya mengesahkan bahawa ia adalah palsu dan cubaan menabur fitnah terhadap Pas," katanya dalam blog peribadinya pada Rabu.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Pas mengulangi tiga pendirian parti itu mengenai politik semasa dengan mengambil kira beberapa faktor situasi negara ketika ini.
Abdul Hadi berkata, pertama, Pas berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tiada keperluan disegerakan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#PRU15
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan