awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS Pulau Pinang arah semua ahli JKKK lepas jawatan

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2015
12:29 MYT
PAS Pulau Pinang arah semua ahli JKKK lepas jawatan
Surat makluman kepada ahli-ahli PAS terbabit akan diserahkan dalam tempoh terdekat. - Gambar Hiasan
Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang sudah mengarahkan semua ahli PAS yang masih lagi berkhidmat dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu melepaskan jawatan mereka berkuat kuasa hari ini.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Fauzi Mohd Yusuff memaklumkan arahan itu membabitkan 783 dari 1,083 ahli JKKK PAS di seluruh negeri termasuk di kawasan membabitkan kuota PKR dan DAP.
Menurut Fauzi, surat makluman kepada ahli-ahli PAS terbabit akan diserahkan dalam tempoh terdekat.
Majoriti ahli JKKK PAS Pulau Pinang bersetuju dengan arahan penamatan perkhidmatan itu dalam dua pertemuan yang diadakan parti itu sebelum ini.
PAS juga tidak akan berkompromi dan memberi muka lagi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Sekali lagi kita tegas kan, bahawa kita memberhentikan semua ahli dalam JKKK dalam apa juga kuota DAP, PKR, campuran PAS dan lain-lain parti, semua kita hentikan dan arahan kita akan bagi dan menyusul kepada semua JKKK.
"Jadi kita selama ini, kita banyak bertolak ansur banyak cuba selesaikan di meja rundingan, sebab itu saya pernah timbulkan kenapa tak ada dulu, itulah isunya, isu dalaman yang hangat yang tak diselesaikan tapi kita PAS banyak beri kerjasama pada rakan-rakan, tapi mereka buat balasan sebegini jadi sekarang tak ada tolak ansur lag,i" katanya pada sidang media di Markas Pas Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas hari ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Rabu mengesahkan pemecatan 300 anggota JKKK PAS di negeri itu yang didakwa tidak menyokong Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Bukit Mertajam
#Fauzi Mohd Yusuff
#JKKK
#PAS
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan