awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS pusat sedang bina kes terhadap anggota sertai GHB - Mohd Amar

Bernama
Bernama
13/08/2015
08:10 MYT
PAS pusat sedang bina kes terhadap anggota sertai GHB - Mohd Amar
MOHD AMAR: PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai GHB. -Gambar fail
PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baharu (GHB).
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada PAS pusat.
"Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB.
"Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.
Beliau berkata hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti.
Topic Berkaitan
#GHB
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan