POLITIK
'Pas sendiri mahu saya terus jadi Pengerusi PN' - Muhyiddin

Muhyiddin berkata, apa jua kedudukan beliau baik dalam Bersatu mahupun PN sendiri, ditentukan secara konsensus, bukan secara peribadi. - Gambar fail
PAGOH: Desas-desus mengenai desakan untuk Perikatan Nasional (PN) mempunyai pengerusi yang baharu datang dari luar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ringkasan AI
- Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa desakan untuk menukar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) datang dari luar, dan beliau masih disokong oleh komponen parti seperti PAS untuk terus memegang jawatan tersebut berdasarkan konsensus.
- Muhyiddin pernah menawarkan jawatan Pengerusi PN kepada PAS selepas dipilih semula sebagai Presiden Bersatu, namun PAS menolak dan meminta beliau meneruskan kepimpinan PN.
- Beliau turut mengkritik keadaan UMNO yang dianggap tidak stabil di negeri-negeri diterajui PN, serta menyatakan pengkhianatan pemimpin UMNO terhadap perjuangan asal parti dengan menyokong kerjasama bersama DAP telah menjejaskan kedudukan mereka.
“Dalam perjumpaan yang kami lakukan, antara kami Bersatu dengan Pas, untuk membincangkan soal Perikatan Nasional (PN) beberapa bulan yang lepas, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Haji Hadi Awang ialah menyokong saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.
“Setakat yang saya tahu pasal kedudukan, apa pun... baik jawatan saya di dalam parti ini, bukan saya tentukan, nak jadi calon PM bukan saya tentukan, mereka yang buat keputusan … kalau mereka kata nak saya ambil (terus menyandang).
“Malahan saya pernah menawarkan mereka (Pas), lepas saya terpilih semula sebagai Presiden Bersatu baru-baru ini. Saya kata eloklah Pas ambil alih, gilir-gilirlah supaya Pas kali ini ambil alih sebagai Pengerusi PN.
"Kalau Pas nak jadi Perdana Menteri, itu tak apalah nanti bincang bersama. Dia tak nak, dia kata tak boleh, Tan Sri teruskan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Bahagian Bersatu Pagoh, pada Ahad.
Dalam pada itu Muhyiddin turut mengulas mengenai pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, bahawa Kerajaan Negeri yang diteraju PN di Perlis, Kedah dan Terengganu dalam keadaan tidak stabil.
“Kami ini realistik, pragmatik… kita meneliti apa yang sedang berlaku sekarang ini yang secara umumnya ramai orang Melayu terutama ahli UMNO sendiri yang sudah menolak.
"Persoalan pokok boleh tak UMNO pertahankan 26 kerusi (Parlimen). Tak usah cakap nak ambil kerusi yang lain, saya ragu, itu yang saya fikir begitu.
"Tapi tak apa, dia usahakan, kita pun kena usahakan. Tapi kita yakin dengan apa yang sedang berlaku. Pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO terhadap ahli-ahli UMNO dengan meninggalkan perjuangan asal, mendukung kerjasama dengan DAP ...
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami