PAS menyambut baik usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dan menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam politik negara.
Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa politik negara hendaklah diselesaikan sendiri oleh rakyat negara ini dan bukan melalui campur tangan asing.
"Kita mahukan politik negara ini bersih daripada isu campur tangan negara luar. Sebagaimana kita (PAS) berharap agar pihak kerajaan lebih telus, begitu juga dengan dana-dana yang disalurkan kepada atau diterima oleh parti-parti pembangkang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas NGO berkepentingan politik termasuk Bersih dan portal berita Malaysiakini yang didakwa menerima dana daripada pihak asing.
Pada 22 Jun tahun lepas, portal penggodam persendirian antarabangsa DC Leaks mengeluarkan dokumen yang mengaitkan hubungan antara NGO seperti Bersih, Merdeka Centre, portal berita Malaysiakini dan KiniTV dengan spekulator mata wang George Soros, serta yayasan miliknya iaitu Open Society Foundation (OSF).
Dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh mengalu-alukan usaha kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) yang menyediakan pandu arah bagi mengekang penyebaran hadis palsu.
Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata langkah itu sangat baik kerana isu hadis palsu sudah lama berlaku dalam kalangan umat Islam.
"Oleh kerana al-Quran dan hadis adalah rujukan utama umat Islam, maka Islam itu mestilah bersih dan ia tidak akan bersih jika kita merujuk pada hadis-hadis yang salah," katanya.
Pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu bagi menapis dan menyemak hadis demi menjaga kesahihannya.
Jawatankuasa yang akan disertai tujuh ahli akademik dengan kepakaran khusus dalam ilmu hadis itu bakal menjadi pusat rujukan dalam menentukan taraf sesuatu hadis, seterusnya memartabatkannya sebagai sumber hukum kedua selepas al-Quran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2016
Nik Mohamad Abduh berkata, politik negara ini perlu bebas daripada campur tangan pihak luar. - Gambar fail
BNM dijangka kekalkan kadar OPR - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak benarkan syarikat Israel berada di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
PAS sokong usaha kerajaan wujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik
PAS menyambut baik usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dan menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam politik negara.