awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS terima baik walaupun bilangan berkurangan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
26/09/2014
10:49 MYT
PAS terima baik walaupun bilangan berkurangan
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali umum senarai Exco kerajaan negeri Selangor yang baharu hari ini.
Exco Selangor daripada parti PAS menerima baik pelantikan tiga Exconya biarpun barisan kerusi yang disandang parti itu telah berkurangan daripada empat ke tiga dalam barisan yang baharu.
Menurut Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, beliau berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan ada hikmah di sebaliknya perkara itu.
"Dah ada terpaksa puas hati dengan keadaan sekarang, yang penting lihat bagaimana kita dapat bergerak ke hadapan," ujar Dr Ahmad Yunus ‎Hairi yang juga Adun PAS-Sijangkang.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis istiadat angkat sumpah Exco Selangor di Istana Alam Shah, Klang.
Selain Dr. Ahmad Yunus, kerusi Exco PAS kini hanya disandang Iskandar Samad (Cempaka) dan muka baharu Mohd Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
Dua Exco PAS sebelum ini, Sallehen Mukhyi (Sabak Bernam) dan Dr Halimah Ali (Selat Kelang) bagaimanapun tidak dilantik semula dalam barisan baharu yang diumum Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yunus Hairi
#Exco
#PAS
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan