awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas, UMNO tidak perlu bergaduh - Khairuddin

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2022
15:40 MYT
Pas, UMNO tidak perlu bergaduh - Khairuddin
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Pas dan UMNO tidak perlu bergaduh meskipun kedua-dua parti tidak lagi boleh bekerjasama dalam pilihan raya. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Pas dan UMNO tidak perlu bergaduh meskipun kedua-dua parti tidak lagi boleh bekerjasama dalam pilihan raya.
Jelasnya, ini kerana banyak lagi ruang kerjasama diperlukan pasca pilihan raya, selain merupakan politik baharu yang dihasratkan oleh generasi baru terutama anak muda berusia 18 tahun.
“Tidak perlu bergaduh meskipun berbeza. Itu mesej Budaya Politik Matang Sejahtera.
“Maksudnya jika Pas dan UMNO tidak boleh lagi bersama dalam wadah pilihan raya dan akan berlawan dalam pilihan raya kekalkan berlawan dengan matang dan sejahtera tanpa serang menyerang,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya pada Ahad.
Tambahnya, pengundi atas pagar juga dilihat sudah muak dengan perbalahan sesama parti politik.
Selain itu, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu turut menyarankan supaya menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai contoh.
“Boleh amalkan apa yang berlaku dalam pilihan raya Melaka. Itu contoh terbaik. Itu sahaja maksud politik matang.
“Itu sahaja seruan saya kepada PAS dan UMNO. Rasanya tidak sukar untuk difahami,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PAS
#UMNO
#bergaduh
#pilihan raya
#PRN
#PRU
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#Ahli Parlimen Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan