KUALA LUMPUR : Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akhirnya berjaya mencapai kata sepakat dalam menentukan hala tuju dan sokongan hari ini.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang baharu sahaja keluar dari mesyuarat tersebut, kesemua 30 ahli parlimen BN menzahirkan semangat solidariti mereka.

"Mesyuarat berlangsung dengan baik sekali dan lancar. Kita telah ada kata sepakat dari kesemua 30 ahli parlimen."Katanya ketika ditanya media di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan sama ada kesemua ahli Parlimen BN telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong mana-mana calon Perdana Menteri.

Pengumuman terhadap keputusan yang dicapai katanya akan diumumkan oleh pucuk pimpinan BN dalam masa terdekat.