awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca Sarawak 2016: Tun M, terimalah kenyataan rakyat masih sokong Najib - Rahman Dahlan

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2016
08:43 MYT
Pasca Sarawak 2016: Tun M, terimalah kenyataan rakyat masih sokong Najib - Rahman Dahlan
Kemenangan 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan adalah isyarat bahawa kepimpinan Najib diterima baik warga Bumi Kenyalang.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan kemenangan besar BN di Sarawak sebagai bukti jelas bahawa rakyat menolak kempen anti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah tambahnya, kemenangan 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan adalah isyarat bahawa kepimpinan Najib di peringkat pusat diterima baik warga Bumi Kenyalang itu.
"Keputusan ini adalah bukti bahawa dakwaan bahawa PM perlu diturunkan bagi mengelak BN kalah dalam pilihan raya adalah tidak benar sama sekali. IKUTI LAPOR LANGSUNG PASCA-SARAWAK 2016 DI SINI
"Rakyat kini boleh nampak keinginan Tun Mahathir untuk menjatuhkan PM tiada kaitan dengan kepentingan negara, sebaliknya demi masa depan anaknya," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru itu, beliau berharap agar bekas Perdana Menteri itu menerima realiti yang diterjemah melalui proses demokrasi.
"Tun Mahathir perlu terima keputusan rakyat.
"Beliau akan berkhidmat kepada negara dan legasinya lebih baik dengan menerima bahawa beliau telah gagal," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Dr Mahathir Mohamad
#kempen anti Perdana Menteri
#sarawak2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan