PUTRAJAYA: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad hari ini merupakan pemimpin kanan terbaharu yang menafikan kononnya parti itu mempunyai komplot untuk mencampuri urusan kehakiman demi percaturan politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, beliau selaku antara pemimpin tertinggi parti senada dengan seorang lain Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyifatkan dokumen yang tersebar itu hanyalah ‘sampah’.
Dalam masa sama Idris menganggap perkara itu hanya komplot untuk memecahbelahkan parti-parti politik Melayu dalam negara.
“Saya ini pemimpin tertinggi Pas, nama pun ‘leak’, tentu tak betul. Saudara ini mengaji bab media mesti tahu kalau kita nak ambil sumber, kena ambil (dari) sumber yang betul. Nama pun leak (bocor)… biarlah kita ambil yang jelas.
“Nama leak ni ‘rubbish’ (sampah) seperti kata Menteri Besar Terengganu (Ahmad Samsuri) saya setuju. Saya pemimpin tertinggi, (Naib Presiden) nombor tiga, nombor dua (Menteri Besar Kelantan) Nik Amar, nombor satu Ahmad Samsuri. Dalam mesyuarat (sebelum ini) tak pernah bincang bab-bab itu,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Sejahtera Keluarga Malaysia yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.
Sebelum ini tular beberapa dokumen di media sosial, yang mendakwa terdapat perancangan rapi untuk mempercepatkan hukuman mahkamah terhadap beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut didakwa mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.
Mengulas lanjut, Idris berkata, ada beberapa kemungkinan di sebalik perbuatan itu, termasuk bertujuan mensensasikan perkara yang tidak betul, sengaja mahu mempopularkan laman media sosial masing-masing atau khusus serta bermatlamat meretakkan perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu.
“Kejayaan orang lain atau musuh kita, ialah apabila berlakunya perpecahan di kalangan kita,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Apr 22 2022
Datuk Idris Ahmad merupakan pemimpin kanan Pas terbaharu yang menafikan kononnya parti itu mempunyai komplot untuk mencampuri urusan kehakiman demi percaturan politik. - Gambar BERNAMA
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
PasLeak: "Cubaan pecah belahkan perpaduan parti politik Melayu" - Idris Ahmad
Seorang lagi Naib Presiden Pas tampil menafikan parti berkenaan ada usaha untuk campuri urusan kehakiman demi percaturan politik.
Tiada bukti Muhammad Zahid berkomplot dengan individu lain, aniaya Isa Samad - Hakim
Hakim Mohd Nazlan berkata tiada keterangan menunjukkan Muhammad Zahid mempunyai motif untuk menyalah guna kedudukan tertuduh bagi meminta suapan daripada Ikhwan untuk dirinya sendiri.
Komplot jatuhkan PM? Saya tak ambil kira - Tun Mahathir
Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ada ura-ura bahawa ada pihak mahu menjatuhkan Dr Mahathir dengan menggunakan kuasa Parlimen.
Tiada komplot PH mahu jatuhkan Perdana Menteri - Mukhriz Mahathir
Tiada sebarang komplot atau pakatan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, tegas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Komplot rosakkan kereta pengguna jalan raya disiasat - Liow
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa melakukan rondaan di jalan-jalan utama negara pada sepanjang musim perayaan.
Anggota UMNO jangan leka layan dakyah tentang komplot gulingkan kerajaan - Razali
Anggota UMNO digesa agar tidak leka melayan dan percaya dengan dakyah kononnya 20 anggota BN terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan.
Komplot guling kerajaan: Lagi penafian Ahli Parlimen BN
Susulan dakwaan di media sosial pada Isnin yang mengaitkan 20 pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan komplot menggulingkan kerajaan, dua lagi ahli Parlimen BN tampil membuat penafian.
Guling kerajaan: Ahli Parlimen BN nafi terlibat, digesa buat deklarasi terbuka
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya membuat deklarasi terbuka bagi menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti.
Shahidan nafi terbabit komplot guling kerajaan
Menurut beliau, kepimpinan kerajaan boleh dikritik secara berhemah tetapi tidak boleh dijatuhkan secara paksaan.
Bung Moktar kesal namanya dikaitkan mahu gulingkan kerajaan
Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.