Skip to main content

Politik

PAU 2026: UMNO mohon pengampunan penuh untuk Najib

Kuala Lumpur , 12 September 2026. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pergulungan sempena Perhimpunan Agong UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.Astro AWANI
Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akur perkara berkenaan masih belum dapat diselesaikan ketika ini dan akan terus menghormati segala proses yang ditetapkan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Advertisement

KUALA LUMPUR: UMNO melafaz sembah memohon limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipertimbangkan untuk mendapat pengampunan penuh.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akur perkara berkenaan masih belum dapat diselesaikan ketika ini dan akan terus menghormati segala proses yang ditetapkan.

"Namun, dengan penuh takzim, UMNO terus menaruh harapan agar pada mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang, permohonan Najib akan dipertimbangkan sebaik-baiknya.

"UMNO menjunjung kasih serta menghormati sepenuhnya proses dan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan berkaitan pengampunan.

"Dengan segala kerendahan hati, kami, Perhimpunan Agung UMNO yang bersidang, melafaz sembah memohon limpah ihsan dan perkenan Tuanku agar, sekiranya diberikan, dipertimbangkan pengampunan sepenuhnya kepada Najib.

"UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, dengan penuh hormat terhadap institusi diraja dan keluhuran Perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO, di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO juga sedih dengan keputusan yang dibuat Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat Jumaat lalu. 

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat lalu membuat keputusan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Pengampunan penuh bermaksud seseorang dibebaskan sepenuhnya daripada hukuman yang dikenakan dan dianggap tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. 

Malah individu berkenaan layak untuk bertanding pada pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh pada 2018. 

Must Watch Video

Advertisement