awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2017: 'Kalau dah lama, sudahlah...beri ruang kepada yang muda' - Perwakilan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
06/12/2017
13:04 MYT
PAU2017: 'Kalau dah lama, sudahlah...beri ruang kepada yang muda' - Perwakilan
Perwakilan Pemuda UMNO Sabah Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pemimpin yang sudah lama memegang jawatan sebagai wakil rakyat tetapi tidak memegang jawatan penting dalam kerajaan wajar mengundurkan diri kepada pemimpin yang muda.
Pemimpin yang sudah lama memegang jawatan sebagai wakil rakyat tetapi tidak memegang jawatan penting dalam kerajaan wajar mengundurkan diri dan beri peluang kepada pemimpin muda.
Perwakilan Pemuda UMNO Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ini kerana posisi wakil rakyat bukan milik mereka secara mutlak tetapi milik parti.
"Saya tidak tahu Pemuda dari negeri lain, kalau kamu takut, kamu ketinggalan. Kalau kamu takut, sampai bila pun kamu akan ambil pemimpin di airport (lapangan terbang).
"Cukup. Sudah. Kami cabar mana-mana wakil rakyat yang lebih dari tiga penggal tetapi bukan memegang jawatan penting, undurlah. Beri ruang kepada yang muda," katanya ketika membahaskan ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tambahnya, beliau sebagai Pemuda bersama rakan seperjuangan sentiasa ingin menyumbang untuk membangunkan dan merencana halatuju negara.
"Bila kami ingin menyertai sistem untuk bantu menggubal polisi, mereka kata, belum masa lagi. Sampai bila kami mahu tunggu?" tanya Khairul Firdaus.
Topic Berkaitan
#Batu Sapi
#Khairul Firdaus Akbar Khan
#PAU 2017
#Pemuda UMNO
#perwakilan
#PRU 14
#Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan