awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2017: UMNO angkat suara rakyat jadi agenda kerajaan - Hishammuddin

Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Marlina Manaf, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi, Nursyazwani Saiful Sham
Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Marlina Manaf, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi, Nursyazwani Saiful Sham
09/12/2017
08:02 MYT
PAU2017: UMNO angkat suara rakyat jadi agenda kerajaan - Hishammuddin
Hishammuddin menegaskan UMNO dan BN tidak pernah alpa mengangkat suara rakyat yang akhirnya menjadi agenda Kerajaan. - Astro AWANI/Shahir Omar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah alpa mengangkat suara rakyat yang akhirnya menjadi agenda Kerajaan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti juga mahu rakyat melihat nilai dan makna kepimpinan yang sentiasa mendengar dan menyelami suara hati.
Jelasnya, kesannya besar kepada proses dasar dan polisi pembentukan negara walaupun ada yang melihat usul itu kecil.
"Sekadar menyebut beberapa contoh, penghapusan tol Batu Tiga Shah Alam adalah dari usul UMNO Shah Alam pada tahun 2012, penangguhan bayaran PTPTN diangkat dari UMNO Selayang, Program 1Azam datang dari suara Wanita, Pemuda dengan usul Program Rumah Transit dan Puteri dengan usul Perumahan Mampu Milik.
"Kesemua usul ini akhirnya menjadi agenda Kerajaan dan semua ini terlaksana di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya semasa ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di sini, hari ini.
Dalam pada itu, jelasnya yang juga Menteri Pertahanan, kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan kelengkapan aset serta teknologinya tetapi bergantung kepada kesanggupan perajurit yang berkorban jiwa dan raga.
"Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang ditinggal terjaga dan terbela," ujarnya.
Ketika mengulas isu Baitulmaqdis, Hishammuddin berkata, kerajaan sentiasa menghadapi sebarang kemungkinan dalam isu berkenaan.
"ATM sentiasa bersiap-siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan yang sewajarnya.
"Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, akan terus kami junjung. Panglima Angkatan Tentera dan ATM pastinya sudah siap siaga," katanya.
Topic Berkaitan
#Baitulmaqdis
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#Naib Presiden UMNO
#PAU2017
#Perhimpunan Agung UMNO
#PM
#Presiden UMNO
#PRU-14
#UMNO 4 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan