awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2020: Acara naik bendera dahului majlis perasmian

Bernama
Bernama
27/03/2021
23:57 MYT
PAU2020: Acara naik bendera dahului majlis perasmian
Ahmad Zahid (tengah) bersama Mohamad (kiri) ketika acara menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Acara menaikkan bendera pada perhimpunan kali ini dikawal rapi Skuad Sabil bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada 8 pagi disambut Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan.
Zahid selepas itu menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' oleh perwakilan yang hadir menyaksikan acara tersebut.
Perhimpunan selama dua hari sejak semalam itu diadakan secara hibrid sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Edisi kali ini yang berlangsung selepas setahun ditangguhkan akibat COVID-19 dibuat secara sederhana selain tiada gerai jualan dan kunjungan orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAU2020
#UMNO
#perhimpunan
#PRU15
#Sang Saka Bangsa
#PWTC
#Ahmad Zahid Hamidi
#WTC KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan