KUALA LUMPUR: Isu pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilangsungkan akan dibincangkan UMNO dengan mengambil kira semua aspek.
Menurut Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan, perkara itu akan dibincangkan bersama lima pemimpin tertinggi UMNO bagi mencari jalan terbaik sebelum memutuskannya.
“Kita berlima kita duduk, Top 5 duduk kita bincang bila pula kita nak adakan pilihan raya dengan rasa senang hati di kalangan rakyat Malaysia.
"Jangan kita tunggu lama-lama... biar orang rasa seronok dulu, dua, tiga bulan lepas tu kita panggil lah.” katanya pada sesi Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) petang Sabtu.
Bagaimanapun tambah beliau, perjanjian yang telah pun dimeterai bersama dengan parti lain ketika membentuk kerajaan sehingga Julai ini akan terus dikekalkan.
Katanya, perbincangan mengenai perkara itu akan hanya dilaksanakan selepas tempoh tersebut.
Jelasnya lagi, tiada masalah yang timbul di peringkat kepimpinan parti itu sebelum ini dalam membincangkan pelbagai isu termasuk hasrat untuk membubarkan Parlimen.
Namun, katanya kebanyakan hasil daripada perbincangan yang diadakan sebelum ini tidak didedahkan kepada umum.
“Yang kami runding itu kami runding dalam gelap. Jadi, kali ini nampaknya Datuk Seri Presiden, setiap kali kita berunding, setiap kali kita berjumpa, keluarkan dalam Facebook supaya orang tahu kita berlima ini sebenarnya rapat dan bersama-sama mengurus parti,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar semua ahli UMNO terus mengekalkan keharmonian tanpa ada sebarang perpecahan dalam parti.
Tegasnya, apa yang penting adalah kemenangan parti UMNO pada setiap pertembungan pilihan raya yang akan dilalui selepas ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2021
UMNO katanya perlu mengambil iktibar selepas pelbagai hinaan yang diterima selama 22 bulan ketika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini sedikit masa lalu.
Justeru, katanya, pengalaman itu tidak harus diulangi lagi dengan mencipta kejayaan dalam pilihan raya yang akan diharungi nanti
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Mar 19 2022

Menurut Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan, perkara itu akan dibincangkan bersama lima pemimpin tertinggi UMNO bagi mencari jalan terbaik sebelum memutuskanya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Skandal LCS: Mindef tidak utamakan kepentingan, pandangan TLDM - JKSTUPKK
Mindef didapati lebih cenderung dengan saranan daripada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand, pada Rabu.

Skandal LCS: Kerajaan wajar pertimbang teruskan kontrak BNS dengan bersyarat - JKSTUPKK
JKSTUPKK mengesyorkan agar kerajaan wajar mempertimbang untuk meneruskan kontrak BNS untuk membekal LCS dengan bersyarat.
![AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983081/thumbnails/21298420541660741732160_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri; 1. Perkembangan terbaharu Skandal LCS dedah arahan Zahid 2. Jawatankuasa dapati tadbir urus Kementerian Pertahanan lemah 3. Hishamuddin sedia didakwa jika terbabit skandal LCS

GiatMara dapat permintaan tinggi terutama daripada lepasan SPM
GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas.

Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Selain PBM, ada parti lain mahu sertai BN, akan diputus malam esok - Mohamad
Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

Jangan biar parti lawan guna isu LCS serang BN - Mohamad
"Ini tiada kena mengena dengan parti tapi pentadbiran syarikat. Jika ada terdapat penyalahgunaan, biarlah pihak berkuasa ambil tindakan."

Permohonan PBM dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Mohamad Hasan
Keputusan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pertengahan bulan ini.

UMNO harap RoS beri keputusan segera - Mohamad Hasan
UMNO berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dapat memberi keputusan segera berhubung permohonan parti itu untuk meminda perlembagaannya.

PRU15: BN bentang laporan kesiapsiagaan kepada PM bulan depan - Tok Mat
Perdana Menteri sedang menunggu waktu sesuai untuk mengadakan PRU15, namun sebelum keputusan dimuktamadkan, isyarat yang tepat perlu diberikan.

Pembahagian kerusi: Usah disentuh, biar kepimpinan buat keputusan - Tok Mat
Ahli-ahli BN dinasihatkan untuk tidak mempersoalkan dan menyentuh perkara-perkara yang melibatkan soal pembahagian kerusi antara parti-parti komponen.

UMNO sedia akur keputusan RoS usul tangguh pemilihan ditolak
Sekiranya permohonan pindaan Perlembagaan untuk menangguhkan pemilihan tidak diluluskan, parti akan mengadakan pemilihan berkenaan.

Polis akan rakam keterangan Tok Mat
Kertas siasatan telah dibuka pihaknya susulan laporan polis dibuat Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu Nasional, S Gobi Krishnan pada Rabu.

Kenyataan mengenai Pengampunan Diraja perlu dibaca dalam konteks menyeluruh - Tok Mat
Mohamad berkata, konteks temu bual beliau dengan portal Asia Times itu adalah mengenai perjalanan undang-undang berdasarkan penghakiman adil.

Tahniah Tok Mat, berani bersuara - Rafizi
Keberanian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pandangan beliau tentang Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB adalah sesuatu yang wajar mendapat pujian dan sokongan semua pihak.