KUALA LUMPUR: UMNO perlu menyuburkan demokrasi sekiranya parti itu benar-benar mahu melaksanakan pembaharuan selepas episod terburuk dalam arena politik tanah air.
Maka Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Alfie Zainal merasakan setiap peringkat jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti nanti.
Katanya, UMNO perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar mahu berubah dengan tidak takut berdepan pertukaran pucuk pimpinan.
“Saya seorang pendukung demokrasi dan pada saya segala organisasi haruslah melalui proses pemilihan yang telus kerana dalam demokrasi, pemenang itu adalah suara ahli-ahli UMNO dan undi yang tak diberi kepada Presiden UMNO juga merupakan suara.
“Jadi UMNO perlu tunjukkan bahawa kita meraikan demokrasi dan dengan demokrasi kita akan membentuk parti yang kuat, dan parti yang kuat itu akan menawarkan satu bentuk alternatif kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Oleh hal demikian, beliau kecewa dengan suara beberapa pemimpin dan ahli UMNO yang memberi cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam Perhimpunan Agong UMNO kali ini.
Israr Khalid
Wed Jan 11 2023

ALFIE: UMNO perlu raikan demokrasi, pertandingkan semua jawatan.
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Pusat setempat pelaburan, perniagaan dan pelancongan Sarawak
Sarawak tandatangan perjanjian sewaan pembukaan Perjabat Perdagangan & Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei. Sekaligus menjadi 'one stop centre' untuk sebarang kerjasama.

Berbelanja di bazar Ramadan berpada-pada, elak pembaziran
Bazar Ramadan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu meriah dengan pelbagai jualan. Pengunjung teruja dengan juadah ditawarkan, namun ambil langkah berjimat cermat dalam membeli.

'Makan ubat tahan sakit ... ' - Walaupun tidak sihat, Ustaz Kazim tetap berceramah
Ustaz Kazim berkata dana bagi pengurusan pusat pendidikan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bayaran yang diterima pada setiap sesi ceramah di luar.

Wanita dikhuatiri lemas jatuh dari jambatan gantung
Seorang wanita berusia 23 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Aur, Bukit Ibam, dekat sini, hari ini.

Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Penggunaan AI amat dialukan tetapi harus waspada soal etika - Lih Kang
Kecerdasan buatan (AI) merupakan teknologi yang mula mendominasi pelbagai industri di dunia. Inovasi ini telah membantu individu, organisasi dan syarikat melonjakkan produktiviti.

'Berfikiran New York, berjiwa Mekah' formula lahirkan graduan TVET berkualiti - Ahmad Zahid
Keseimbangan antara kesejahteraan fizikal dan rohani adalah formula terbaik untuk melahirkan graduan berkualiti.

'Tiada undang-undang benarkan sumbangan kepada parti politik' - Azalina
Tiada undang-undang yang berkuat kuasa membenarkan sumbangan dana kepada parti politik ketika ini.

Kerajaan konsisten laksana pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya - Azalina
Kerajaan komited untuk melaksanakan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan.

Elak kerugian banjir: Buat persediaan logistik, pantau pembalakan haram, projek pembangunan - Pakar
Kerjasama erat antara jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah dalam berkongsi sumber maklumat mampu mengurangkan impak banjir.

Wujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hal-hal fiskal - IDEAS
Ia perlu ditubuhkan dalam usaha meningkatkan pendapatan dan mengurangkan hutang negara.

Beri ruang kepada pembangkang bentuk sama dasar negara - Wong Chin Huat
Dengan peranan lebih besar diberikan dalam menentukan hala tuju negara, pembangkang juga tertakluk kepada penilaian rakyat.