awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Siasatan rasuah lebuh raya: Kertas siasatan lengkap dalam tempoh dua bulan
MALAYSIA
Pemberi maklumat: Fahami prosedur perlindungan, jangan dedah kepada umum - SPRM
MALAYSIA
Lebih 400 pelajar sertai program anti-buli dan kepimpinan di Bentong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PAU2022: Perwakilan bawa usul dua jawatan tertinggi tidak dipertanding di'boo'

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2023
10:46 MYT
PAU2022: Perwakilan bawa usul dua jawatan tertinggi tidak dipertanding di'boo'
Sebelum ini, beberapa calon dikatakan 'mengintai' peluang untuk bertanding jawatan utama dan kedua parti itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) didakwa kecoh hari ini selepas ada perwakilan tidak berpuas hati terhadap usul dikemukakan Perwakilan UMNO Negeri Sembilan agar jawatan Presiden dan timbalan tidak dipertandingkan pada pemilihan parti Mei depan.
Memetik sumber kepada Astro AWANI, ketika mengemukakan usul berkenaan, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur mula gamat dengan suara teriakan 'boo' oleh perwakilan yang hadir.
Melalui video yang turut dikongsi sumber, kedengaran perwakilan meminta individu yang membawa usul itu berhenti berucap kerana tidak cukup masa.
"Masa sudah cukup!," jerit beberapa perwakilan, disusuli dengan sorakan 'boo'.
Keadaan makin riuh apabila usul itu turut disokong Bahagian UMNO Marang.
[TERKINI] Jawatan Presiden | Khairy dakwa Zahid nyatakan kesediaan untuk 'berentap'
Sebelum ini, beberapa calon dikatakan 'mengintai' peluang untuk bertanding jawatan utama dan kedua parti itu.
Malah, pada Khamis, di sebalik kenyataan 140 Ketua Bahagian UMNO yang mendesak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti, Khairy Jamaluddin mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri menyatakan beliau sedia untuk dicabar.
Pemilihan UMNO | Ahmad Zahid serahkan kepada perwakilan parti
Ahmad Zahid semasa Ucapan Dasar Presiden UMNO pula menyatakan beliau menyerahkan soal pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kepada kebijaksanaan perwakilan parti itu untuk menentukannya.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAU2022
#perwakilan
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami