awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2023: Nizar harap momentum tuntut pembebasan Najib tidak terhenti

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/06/2023
10:07 MYT
PAU2023: Nizar harap momentum tuntut pembebasan Najib tidak terhenti
Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan berkata, Najib telah banyak berkorban dan memperjuangkan kemenangan parti. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Momentum perjuangan menuntut pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diharapkan berterusan, kata anaknya, Datuk Mohd Nizar, yang masih berharap bapanya dapat dibebaskan.
Ditanya mengenai usul pembebasan bapanya, Mohd Nizar menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan berhubung langkah seterusnya bagi memperjuangkan nasib Najib.
"Dia (Najib) masih sihat Alhamdulillah, masih tabah dan sabar... kita harap beliau terus bersemangat dan jangan putus asa supaya satu hari nanti beliau akan dapat kebebasan.
"Saya yakin UMNO masih memperjuangkan ayahanda saya tapi keluarga saya tak mahu momentum itu perlahan atau dihentikan.
"Kita kena terus sentiasa mengingati. Dia masih di dalam (penjara) dan saya harap usaha-usaha untuk membebaskan dan membela beliau terus diadakan," katanya ketika sidang media sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Mengulas lanjut, Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan berkata, Najib telah banyak berkorban dan memperjuangkan kemenangan parti.
Justeru beliau berharap penyokong dan ahli UMNO mampu menilai sumbangan yang telah diberikan bapanya.
"Kalau ayahanda saya ada, sudah tentu beliau berniat untuk membantu parti kalau diberikan peluang tapi beliau sedang menjalani hukuman, beliau tak boleh membantu buat masa ini.
"Semasa bebas, beliau banyak membantu jentera BN sehabis baik sehingga kita dapat menang di Melaka dengan majoriti besar.
"Saya serahkan kepada umum untuk menilai sejauh mana sumbangan ayahnada kepada BN dan pilihan raya yang lepas," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau mengakui terlalu sebak ketika mewakili Najib untuk menerima Anugerah Tokoh Pemuda 2023 yang disampaikan Pemuda UMNO.
"Saya amat menghargai inisiatif ini, usaha Pemuda UMNO memberikan anugerah tersebut. Walau apapun terjadi, beliau masih tidak berganjak walau diasak dan dikenakan pelbagai pertuduhan," katanya.
Najib yang pernah memimpin sayap itu dari tahun 1987 hingga 1993 diberikan penghargaan atas kecekalannya berdepan cabaran dalam politik dan pembunuhan karakter sehingga dipenjarakan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyampaikan anugerah berkenaan kepada anak Najib, Datuk Mohamad Nizar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di sini, pada Khamis.
Suasana bertukar syahdu apabila kedua-duanya dilihat mengalirkan air mata, sebelum seorang lagi anak Najib iaitu Datuk Mohd Nazifuddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Hairi Mad Shah menyertai mereka.
Topic Berkaitan
#PAU2023
#Nizar Najib
#pembebasan Najib
#kenang jasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan