awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2023: 'UMNO tercedera, kesihatannya merosot' - Khaled

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/06/2023
10:32 MYT
PAU2023: 'UMNO tercedera, kesihatannya merosot' - Khaled
Mohamed Khaled berkata, parti yang tercedera tidak boleh diparahkan dengan pecah belah dalam kalangan ahli. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: UMNO diibaratkan cedera dan kesihatannya sudah merosot, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Justeru kata beliau, parti yang tercedera tidak boleh diparahkan dengan pecah belah dalam kalangan ahli.
"Walau sepahit mana sekalipun, keadaan UMNO kini sudah tidak seperti dulu.
"UMNO tercedera dan telah merosot kesihatannya. Parti kita ini perlu dirawat dan dipulihkan. Ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO harus bermula dengan kesatuan dan perpaduan semasa kita.
"Parti yang tercedera tidak boleh diparahkan dengan pecah belah," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.
Mohamed Khaled menambah, UMNO tidak harus dibiarkan terus diporak-perandakan dengan perseteruan antara pelbagai kelompok dan puak.
Sehubungan itu beliau mengajak ahli UMNO supaya menjadikan pemulihan dan kebangkitan UMNO sebagai misi utama bersama.
"Marilah kita benar-benar kembali berdamai dan bersatu hati," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PAU2023
#Khaled Nordin
#UMNO cedera
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan