awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/02/2026
01:30 MYT
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal (kanan) menempelak kepimpinan Bersatu susulan dakwaan cubaan untuk memecat Timbalan Presidennya, Hamzah Zainudin.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengeluarkan kenyataan yang bernada sangat keras terhadap kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulan dakwaan cubaan untuk memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Dalam kenyataan pada Isnin, beliau menempelak pihak tertentu dalam parti yang didakwanya bertindak di belakang tabir melalui "budak suruhan” berbanding berani berterus terang.
Wan Ahmad Fayhsal turut menyifatkan pendekatan yang diambil setakat ini sebagai bacul.
"Tak perlu berdrama lagi dalam media dengan hantar budak suruhan. Jadi anak jantan sebenar. Tiga tahun lamanya bacul kamu menunggu nak pecat Datuk Seri Hamzah Zainuddin!
"Nak pecat, pecat betul-betul. Jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan!
"Kalau ini harga yang kami perlu bayar dalam melakukan amar ma’ruf nahi mungkar demi menyelamatkan rukun perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dalam Bersatu dan PN - Ahlan wa Sahlan, SILAKAN!!! ," tegas beliau.
Dalam masa sama, beliau turut menggesa agar sebarang keputusan pemecatan dibuat secara rasmi dan terbuka, bukannya melalui gerakan sulit yang disifatkannya sebagai “membaling batu sembunyi tangan”.
Wan Ahmad Fayhsal juga mengkritik budaya dalaman parti yang didakwanya dikuasai oleh kelompok yang hanya tahu mengampu dan membodek, selain mempersoalkan maruah kepimpinan Bersatu yang menurutnya kini berada di bawah pengaruh kerajaan Madani.
Desas-desus mengenai pemecatan Hamzah semakin kuat susulan pertemuan beberapa pemimpin Bersatu bersama Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi.
Pertemuan malam tadi dikatakan berkaitan laporan bahawa Hamzah dipanggil menghadap lembaga disiplin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan perhimpunan agung tahunan dan serangan terhadap Muhyiddin.
Setakat ini, Bersatu belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi berhubung kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#pecat Hamzah Zainuddin
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan