awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecat Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan ikut perlembagaan parti

Bernama
Bernama
09/09/2021
12:44 MYT
Pecat Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan ikut perlembagaan parti
Ravi berkata pelucutan jawatan Yusof itu hanyalah sebagai ketua penerangan sahaja dan bukannya sebagai ahli PKR. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Pemecatan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan Yusof Tapar dibuat mengikut perlembagaan parti, kata Timbalan Pengerusi PKR negeri Datuk M. Ravi.
Beliau bagaimanapun berkata pelucutan itu hanyalah sebagai ketua penerangan sahaja dan bukannya sebagai ahli PKR dan keputusan itu juga telah mendapat persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita memang dapat persetujuan daripada pusat, kita ada hak untuk ambil tindakan, ini kerana jawatan itu dilantik bukannya dipillih dan kita boleh pecat kerana tidak mengikut peraturan parti," katanya di sini hari ini.
Ravi berkata parti akan berbincang dengan Yusof selepas ini dan mungkin menawarkan jawatan lain kepadanya kerana beliau adalah orang lama dalam parti.
Beliau berkata setakat ini tiada nama baharu dicalonkan untuk menggantikan Yusof dan ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat biro parti itu minggu hadapan.
Semalam media melaporkan Yusof dipecat daripada jawatan Ketua Penerangan PKR negeri berkuat kuasa semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis PKR Negeri Sembilan
#Ketua penerangan PKR
#pemecatan
#Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan