awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelawaan Tun Mahathir tidak jejas kerjasama Pas-UMNO - Ahmad Samsuri

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2019
07:32 MYT
Pelawaan Tun Mahathir tidak jejas kerjasama Pas-UMNO - Ahmad Samsuri
AHMAD SAMSURI: Akhirnya yang penting, politik yang dibawa mana-mana parti sekalipun haruslah politik yang harmoni dan politik serta tidak memusnahkan.
Kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan terjejas dengan pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama antara pimpinan kedua-dua parti itu sedang berjalan menerusi pertemuan serta mesyuarat.
Jelasnya, jika mempunyai perkembangan baharu dari segi permintaan mana-mana pihak perbincangan bersama akan dilakukan dan tidak timbul Pas mahupun UMNO membuat keputusan sendiri.
“Pada waktu ini adalah untuk memastikan keharmonian dalam masyarakat itu tidak terjejas, sebab manusia boleh mempunyai pelbagai pandangan dari parti politik masing-masing.
“Akhirnya yang penting, politik yang dibawa mana-mana parti sekalipun haruslah politik yang harmoni dan politik serta tidak memusnahkan, apatah lagi jauh daripada aktiviti-aktiviti fitnah adu domba dan seumpamaya.
“Saya rasa itu yang perlu diutamakan dahulu pada peringkat ini,” ujar Ahmad Samsuri.
Terdahulu, Dr Mahathir mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri mengajak semua ahli dan pemimpin parti Melayu menyertai Bersatu, parti yang ditubuhkannya selepas keluar UMNO.
Topic Berkaitan
#kerjasama politik
#Mahathir Mohamad
#PAS
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan