Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail membalas sindiran pihak pembangkang kononnya UMNO menerima 'surat khabar lama, ekoran kembalinya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mat Taib ke pangkuan UMNO dengan menyifatkan pembangkang sebenarnya lebih teruk apabila menerima 'surat khabar yang lebih lama' untuk dijadikan pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Lebih menyedihkan kata beliau, 'surat khabar yang lebih lama' itu dulunya amat dibenci oleh pihak pembangkang, khususnya DAP, PKR dan termasuklah Pas, tetapi 'surat khabar yang lebih lama' itulah kini yang diambil oleh pembangkang sebagai tempat rujukan.
"Pihak yang suka mengumpul 'surat khabar lama' bagi saya ialah pembangkang. Mereka terima dengan lahapnya segala macam jenis bentuk 'surat khabar lama', terutama sekali yang datang dari UMNO. Mereka tidak peduli, sekalipun surat khabar lama itulah dulu yang menghentam dan mencerca mereka, janji matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO tercapai.
"Sudah pasti kembalinya mereka kepada UMNO itu bersebab, di mana saya yakin seperti mana kata Tan Sri Mat Taib, sebabnya ialah apabila beliau akhirnya sedar bahawa parti pembangkang sememangnya tidak mampu untuk berjuang sepertimana perjuangan UMNO dalam membela Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair ini.
"UMNO seperti mana yang kita tahu, sentiasa membuka pintunya kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli. Malah, ahli UMNO atau pemimpin UMNO yang keluar parti, kemudian mahu kembali kerana sedar bahawa tidak ada parti selain UMNO yang mampu berjuang untuk agama, bangsa dan negara, pastinya kita alu-alukan.
"Katakanlah jika Datuk Seri Shafie Apdal, atau pun Tan Sri Muhyiddin sekali pun ingin kembali kepada UMNO, insyaAllah saya yakin pintu UMNO sentiasa akan terbuka untuk membuat rundingan ke arah itu. Jadi tidak timbul isu soal surat khabar lama atau tidak!" tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
BACA: Selepas Mat Taib, lebih ramai pemimpin pembangkang akan sertai UMNO - Annuar Musa
BACA: Kemasukan semula Mat Taib strategi UMNO rampas balik undi - Dr Sivamurugan
Mengulas lebih lanjut, Zein berkata pembangkang sebenarnya cuba menutup isu ini dengan menimbulkan persoalan dan polemik yang remeh temeh demi untuk menutup kepincangan gabungan parti pembangkang itu sendiri apabila satu persatu pemimpin mereka mula meninggalkan Pakatan Harapan.
"Tapi saya yakin, isu remeh temeh yang cuba diprovokasikan itu tidak dapat mengalih perhatian rakyat daripada melihat kelemahan dan kepincangan yang sedang berlaku di dalam Pakatan Harapan. Jika pemimpin pakatan harapan sangka mereka dapat memperbodohkan rakyat seperti dulu-dulu, maka mereka salah percaturan.
"Mana mampu kita menyorokkan bangkai gajah dengan sehelai daun pisang, dan itulah perumpamaan yang tepat kepada pembangkang yang sedang huru hara dengan pergolakan dalaman mereka sendiri.
"Saya yakin, rakyat juga sudah mulai nampak bahawa gabungan parti politik mana yang lebih stabil dan mampu untuk mentadbir negara, dan bijak untuk memilih di antara intan dan kaca," jelasnya lagi.
Astro Awani
Thu Sep 21 2017
Zein membalas sindiran pihak pembangkang kononnya UMNO menerima 'surat khabar lama', ekoran kembalinya Muhammad Mat Taib ke pangkuan UMNO. - Gambar fail
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).