awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang perlu capai kata sepakat tentang reformasi - Dr Mujahid

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2020
02:42 MYT
Pembangkang perlu capai kata sepakat tentang reformasi - Dr Mujahid
MUJAHID: Pembangkang tidak boleh menang tanpa mereka bersatu dalam agenda. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Gabungan besar pembangkang perlu mencapai kata sepakat tentang agenda reformasi sebelum memutuskan langkah seterusnya dalam arena politik negara.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menjelaskan mereka tidak boleh menang pada pilihan raya tanpa mempunyai strategi serta taktik seperti yang digunakan semasa PRU ke-14 sebelum ini.
"Pembangkang tidak boleh menang tanpa mereka bersatu dalam agenda, bersatu dalam strategi dia, bersatu di dalam taktikalnya, bersatu dalam teknikalnya.
"Itulah hasil yang kita dapat semasa PRU ke-14. Jangan kata saya menolak gabungan besar, tapi pengalaman mengajar kita.
"Gabungan besar ini di kalangan pembangkang harus mencapai kata sepakat dahulu tentang apa agenda reformasi mereka.
"Kalau sekadar hendak duduk, ajak orang bersama tetapi apabila sudah menang, ikut kita, kita yang putuskan kita hendak buat apa; ikut kita sampai apa yang berlaku pada Bersatu hari itu," katanya semasa sesi Facebook Livenya.
Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari.
Dalam pada itu, kata Mujahid, apa yang dilakukan Bersatu sebelum ini adalah langkah parti itu untuk memenangi PRU-14.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#Facebook
#PRU
#pilihan raya
#Mujahid Yusof
#Muhyiddin Yassin
#Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan