KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada pembentukan jajaran baharu UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) boleh berlaku dalam tempoh terdekat atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa, Presiden UMNO itu boleh menggunakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meminta Ahli Parlimen parti itu keluar daripada kerajaan sekiranya tuntutan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar sidang Dewan Rakyat dipanggil dalam tempoh 14 hari tidak dipenuhi.
"Ahmad Zahid boleh mengambil peranan itu. Bagaimanapun saya tidak boleh mencampuri urusan UMNO, tetapi merasai kebertanggungjawaban itu perlu digalas semua pihak.
"Jadi selepas Ahmad Zahid membuat keputusan, maka tidak ada masalah jajaran baharu boleh dibentuk demi negara dan rakyat. Terpulang kepada Ahmad Zahid untuk membuat keputusan, semua bergantung kepada beliau.
"Kita sentiasa bersedia bila-bila masa saja... juga tidak sabar untuk bersama UMNO atau tidak kira siapa sahaja atau mana-mana parti sekalipun termasuk Bebas," dakwanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
BACA: UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimennya mahu sokong Anwar - Ahmad Zahid
Abdullah sebelum ini melihat kemungkinan kerjasama antara PH dan UMNO pada masa akan datang.
Abdullah berkata, kemungkinan itu sesuatu yang perlu diambil kira, jika UMNO akhirnya keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu dakwanya, Kerajaan PN akan runtuh sekiranya UMNO mengumumkan penarikan diri.
"Ahmad Zahid juga pada peringkat awal telah menzahirkan bahawa beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa.
"Kalau sekiranya Ahli-ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Alhamdulillah. Kita mengharapkan sedemikian. Apabila Ahmad Zahid menyebut jajaran baharu yang diperkenalkannya, tentulah langkah kepada pembinaan semula dan menyelamatkan negara," katanya.
Ahmad Zahid sebelum ini pernah dilaporkan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN.
Astro Awani
Mon Jun 28 2021
Abdullah mendakwa, Presiden UMNO itu boleh menggunakan MKT untuk meminta Ahli Parlimen parti itu keluar dari kerajaan PN. - Gambar fail/ Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Kerjasama dengan PN beri mudarat lebih besar kepada UMNO - Zahid
Zahid berkata BN membuat analisis berkenaan gabungan politik mana yang akan membawa paling kurang mudarat kepada BN dalam jangka panjang.
PRU15: BN terima, hormati keputusan rakyat - Zahid Hamidi
BN anggap keputusan malam ini satu isyarat besar dari rakyat kepada parti tersebut.
Mustahil PKR berpisah dengan PH untuk bersama UMNO - Nik Nazmi
Jajaran baharu melibatkan PKR dan UMNO pernah dibangkitkan sebelum ini dan baru-baru ini, khabar angin sama dibangkitkan sekali lagi ketika Malaysia menghampiri tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
UMNO dilihat tamak kuasa jika keluar kerajaan PN - Penganalisis politik
Tindakan sedemikian juga boleh mengundang kecaman dan dipandang negatif.
'Pembentukan jajaran baharu bergantung keputusan Zahid Hamidi' - Abdullah Sani
Pembentukan jajaran baharu UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) boleh berlaku bergantung kepada keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
'Kerjasama Zahid-Anwar': Ini masa sesuai Presiden UMNO bersih imej - Armand Azha
Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz sebelum ini dakwa Ahmad Zahid membuat perancangan tertentu dengan Anwar Ibrahim.
Buka Parlimen: UMNO boleh bentuk jajaran politik baharu - KB Paya Besar
Menurutnya, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku termasuk kerjasama Bersatu dengan parti lain di luar kerajaan Perikatan Nasional.
'UMNO lebih teruk kena buli dengan DAP jika bergabung dengan PH' - KB Seremban
UMNO akan dibuli dengan lebih teruk dengan DAP jika parti Melayu itu memilih untuk bergabung di bawah pembentukan jajaran baharu selepas PRU15.
'Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP' - Shahidan Kassim
Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan.
Pas tolak jajaran baharu - Abdul Hadi Awang
Pas juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO sekiranya wujud jajaran politik baharu dengan PKR.